Oleh: Mohd Fadthul Ikmal Misnal

JOHOR BAHRU, 1 Dis.Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) meneruskan agenda penanaman sejuta pokok menjelang tahun 2023 dengan menganjurkan Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok menerusi Pejabat ANGKASA Negeri Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor bersempena dengan sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia, bertempat di Pusat Inkubator Projek Ternakan Kelulut Moden UTM-ANGKASA, UTM Johor Bahru.

Ucapan aluan daripada Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, YBrs. Tuan Haji Sazali Abd Hamid.

Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok ini adalah program “flagship” tanggungjawab sosial koperasi (CSR) ANGKASA yang sejajar dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG2030) yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ucapan daripada Dekan Fakulti Pengurusan UTM, Prof. Madya Dr Ahmad Jusoh.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Mohamad Ali Hasan mewakili Presiden ANGKASA. Hadir sama Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Tuan Haji Sazali Abd Hamid; Dekan Fakulti Pengurusan UTM, Prof. Madya Dr Ahmad Jusoh dan Ketua Projek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan UTM, Dr Mohd Khairuddin Ramliy.

Ucapan perasmian oleh Anggota Lembaga ANGKASA, YBhg. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.

“Melalui program ini, sebanyak  200 pokok spesies Akasia (Earleaf Acacia) disasarkan untuk ditanam bagi tujuan projek inkubator ternakan kelulut hasil kerjasama UTM-ANGKASA. Inkubator ini dijangka beroperasi sepenuhnya bermula pada Febuari 2023.

“Kita berharap inkubator ini mampu menjadi pusat kecemerlangan (CoE) penghasilan madu kelulut bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.

“Projek ini dijangka akan meningkatkan penglibatan  pengusaha madu kelulut dalam kalangan anggota koperasi melalui pusat inkubator yang ditubuhkan dengan memberi kemudahan yang kondusif sehingga ke peringkat pengkomersialan  produk,” kata Dato’ Mohamad Ali.

Dekan Fakulti Pengurusan, Dr Ahmad Jusoh dalam ucapannya berkata, “program seperti ini membuktikan UTM sedia bekerjasama dan bergerak seiring merentas agensi, industri dan komuniti dalam menjayakan pembangunan negara, terutama menerusi projek penyelidikan berimpak tinggi.

“Fakulti Pengurusan UTM juga sedia membantu daripada aspek konsultasi demi memastikan kemampanan penyelidikan dan pembangunan keusahawanan dalam menjana ekonomi komuniti setempat,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, pokok Akasia (Earleaf Acacia) dipilih memandangkan pokok ini adalah sejenis pokok yang berbunga dan daunnya pula mengeluarkan sejenis nektar atau resin, sekali gus sangat digemari oleh kelulut dalam proses penghasilan madu.

Pokok Akasia (Earleaf Acacia).

ANGKASA selaku badan peneraju gerakan koperasi negara menyeru koperasi dan masyarakat umum untuk bersama-sama membantu menjayakan agenda nasional negara bagi membudayakan aktiviti pemuliharaan alam sekitar seperti penanaman semula pokok demi mengurangkan kesan pemanasan global yang mempengaruhi perubahan iklim dunia.

Penanaman semula pokok juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang semakin kerap berlaku dan memberi kesan buruk serta kerugian harta benda malah mengancam nyawa penduduk.

Program ini disokong penuh oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA), Kementerian Pendidikan Malaysia serta kerjasama erat rakan strategik Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan Hijau Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri serta pelbagai agensi dan organisasi seperti Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Radio IKIM.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index