Sukacita dimaklumkan bahawa UTM telah dilantik sebagai tuan rumah bagi acara di atas yang akan diadakan pada 5 Feb 2018 (Isnin) jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru.
Sebagai makluman objektif utama bagi program dialog ini adalah bagi meningkatkan lagi kerjasama Institut Pengajian Tinggi dan Industri bagi mewujudkan pembangunan modal insan yang seimbang sejajar dengan keperluan pembangunan negara dari segi ekonomi, sosial dan infrastruktur. Pada masa yang sama ianya dapat membantu melahirkan kepimpinan masa hadapan yang memenuhi keperluan global dan pada masa yang sama membantu dalam pembentukan sahsiah dan rohani generasi hadapan yang lebih mampan.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai mesyuarat ini :-
Tarikh : 3 Januari 2018 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat Profesional , Pejabat Harta Bina, UTM Johor Bahru
Agenda :-
1. Aluan Pengerusi
2. Pembentangan Cadangan pelaksanaan Program
3. Cadangan jemputan industri daripada IPT Kawasan Selatan
4. Cadangan jemputan wakil staf dan pelajar daripada IPT Kawasan Selatan
5. Hal-hal lain
Maklumat lanjut mengenai mesyuarat dan program ini sila hubungi Puan Habsah (07-5537556) Puan Salina(07-5537819) Puan Siti Nur Hafizah Soid (07-5538034)