KUALA LUMPUR ; 16 JANUARI 2017 – Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Komuniti Hijau, Jawatankuasa Masjid Al-Mutaqqin dan DBKL telah melancarkan Projek ‘Pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan di Masjid Al-Mutaqqin’ bertempat di Dewan Serbaguna Al-Mutaqqin. Pelancaran projek ini telah dirasmikan oleh Pengerusi BN Parlimen Wangsa Maju merangkap Pengerusi UDA Holdings Berhad, YBhg. Datuk Seri Dr. Hj. Mohd Shafei bin Abdullah. Turut hadir adalah Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi serta Prof. Dr. Shamsul bin Sahibudin, Pro-Naib Canselor UTM Kampus Kuala Lumpur.

Dalam penekanan teras strategik universiti iaitu ‘Sumbangan Yang Terbaik Kepada Komuniti’, kepakaran sedia ada di UTM dimanfaatkan demi memenuhi keperluan masyarakat sekitar. Projek sistem penuaian air hujan (SPAH) ini dipohon oleh pihak masjid sebagai langkah penjimatan penggunaan air bersih di Masjid Al-Mutaqqin selaras dengan saranan kempen berjimat cermat kerajaan dalam penggunaan air terawat. Menurut ketua projek, Dr. Aznah Nor Anuar daripada Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun, UTM Kampus Kuala Lumpur, projek ini juga bertujuan untuk mendidik komuniti mengenai pengurusan air secara lestari serta memberi peluang kepada pelajar universiti untuk membantu komuniti dengan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari. Projek ini telah mendapat bantuan dana daripada Unit NBOS, Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Majlis tersebut dimulai dengan ceramah khas bertajuk ‘Pengurusan Air Secara Lestari dari Perkspektif Islam’ oleh Dr. Mohammad Fathi bin Yusof, Felo Penyelidik (Undang-Undang Islam) di  Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), UTM. Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas dan paparan video berkaitan projek oleh Ketua kumpulan. Di dalam ucapan perasmian, YBhg. Datuk Seri telah mengucapkan tahniah kepada yang terlibat dan berharap agar program ini dapat menjadi perintis dan memberi aspirasi kepada masyarakat setempat untuk menjimatkan pengunaan air dan berupaya membina sistem yang sama di kawasan masing-masing. Jalinan hubungan libatsama antara pihak universiti dan komuniti juga adalah penting dalam memastikan projek yang dijalankan memberi impak yang tinggi lagi menyeluruh kepada rakyat.

Selain itu, majlis pelancaran ini turut di meriahkan dengan aktiviti pameran oleh syarikat persendirian seperti Auralite (M) Sdn. Bhd dan I-Control Solutions (M) Sdn. Bhd. serta agensi berkaitan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memberi maklumat kepada yang hadir tentang kepentingan dan manfaat SPAH.

Seramai 200 tetamu telah hadir di majlis tersebut termasuk pemimpin masjid sekitarnya, ketua kawasan penduduk, NGO, pensyarah-pensyarah, guru-guru, pelajar universiti, kolej dan sekolah serta masyarakat setempat. Majlis berakhir sekitar jam 12.00 tengahari.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

Dr. Aznah Nor Anuar
Ketua Projek
Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT)
Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur

Tel  : 0197785616
E-mel: @utm.my

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index