UTM JOHOR BAHRU ; 6 FEBRUARI 2018 – UTM Mula Guna Bas Elektrik. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pelopor penggunaan bas elektrik pertama dalam kampus di negara ini. Bas teknologi hijau ini akan beroperasi sebagai pengangkutan utama dalam kampus.
Ketua Program Bas Elektrik UTM, Professor Abdul Latif Saleh berkata, projek perintis itu bagi tujuan penyelidikan rendah karbon selain kajian untuk mengurangkan pencemaran bunyi.