KUALA LUMPUR ; 21 APRIL 2018 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama – sama 8 pemegang taruh telah bersetuju untuk menyertai pertandingan dalam Program Kebun Kejiranan LA21KL 2018-2020. Pertandingan bagi tahun 2018 akan bermula pada Januari 2018 sehingga November 2018. Salah satu Kriteria Permakahan Pertandingan Kebun Kejiranan Bandar 2018 adalah dengan mengadakan program yang bercorak ilmiah di kebun bandar Sungai Bunus setiap bulan sepanjang tahun 2018. Selain dari perkongsian ilmu bercucuk tanam serta menerapkan kesedaran dalam espek kelestarian ianya juga bertujuan memupuk semangat cintakan sungai dikalangan komuniti setempat. EcoKnights, salah satu pemegang taruh Kebun Bandar Sungai Bunus telah menawarkan diri untuk menganjurkan aktiviti bagi bulan April 2018 yang di beri nama Kenanga Green At Work.
Program ini mendapat sokongan penuh UTM dimana Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur) Prof. Dr. Shamsul Shahibuddin telah turut serta meluangkan masa menghadiri program ini seterusnya menyempurnakan gimik penyerahan papan tandanama ‘Selamat Datang Ke Kebun Bandar Sungai Bunus’ sumbangan staf UTM di Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus. Program kali ini disertai oleh 50 sukarelawan terdiri dari  staf UTM dan Kenanga Investment Bank dimana antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian ilmu mengenai penanaman herba yang telah disampaikan oleh Pn. Siti Zalita Ad. Talib, Penolong Jurutera Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I) UTM serta pembuatan baja kompos oleh kakitangan EcoKnights.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap pemegang taruh Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus yang mengambil bahagian untuk menjayakan program ini. Adalah diharap agar program ini akan dapat mencapai matlamatnya, di samping mengeratkan hubungan semua pihak yang terlibat serta mengembalikan kegembilangan Sungai Bunus.