KUALA LUMPUR ; 29 OGOS 2018 – Selaras dengan usaha membudayakan semangat kesukarelawan berasaskan ilmu, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Bengkel Penarafan Bintang Berimpak Tinggi Bagi Projek Libatsama 2018. Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai tugas dan peranan CCIN, mewar-warkan kaedah penilaian penarafan bintang bagi projek libatsama komuniti dan industri yang telah dimurnikan serta perkongsian pengalaman ketua-ketua projek 2017 yang telah mendapat menarafan 5 bintang.

Program perkongsian ilmu ini berlangsung selama separuh hari, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Bilik Ilmuan 1, Anjung Menara Razak UTM Kuala Lumpur. Ianya diketuai sendiri oleh Pn. Ramona bt Abd. Rahim, Timbalan Pengarah CCIN dan fasilitator-fasilitator yang dijemput khas terdiri daripada Dr. Habibah @ Norehan bt Hj. Harun, Dr. Shamsul bin Sarip dari Fakulti Teknologi dan Informatik Razak serta Pn. Hafizah bt Ahmad Pua’at dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Seramai 21 orang peserta telah mendaftar dan hadir pada program kali ini. Para fasilitator berkongsi ilmu kepada para peserta tentang eLPPT, pelaporan dan dokumentasi, penjanaan dana projek dan kaedah terkini penilaian penarafan bintang projek libatsama komuniti dan industri bagi tahun 2018. Di akhir program ini juga diadakan sesi soal jawab bagi membuka ruang kepada peserta untuk mengetahui lebih lanjut tentang Penarafan Bintang Berimpak Tinggi serta pengalaman fasi menjalankan projek mereka.

Program seumpama ini akan dilaksanakan setiap tahun. Kepada warga kampus UTMKL yang mempunyai pertanyaan, permasalahan mengenai penarafan bintang atau pandangan, ianya boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03 26154500 – Encik Muhammad Irham Sauti Bin Ishak atau terus kepada Puan Ramona Abd. Rahim di talian 03 26154828.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index