JOHOR BAHRU ; 1 OKTOBER 2018 – UTM CARE CHARITY SHOP ADALAH KEDAI BERKONSEPKAN KEBAJIKAN DI MANA ORANG RAMAI BOLEH MENYUMBANGKAN BARANGAN MILIK PERIBADI UNTUK DIBERIKAN KEPADA CHARITY SHOP INI DAN BARANGAN INI SETERUSNYA AKAN DIJUAL KEPADA UMUM.
MAJLIS PELANCARAN UTM CARE CHARITY SHOP INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH NAIB CANSELOR UTM, Y.BHG. DATUK IR. WAHID OMAR SEMASA PERHIMPUNAN BULANAN NAIB CANSELOR.
MENERUSI KONSEP AMAL INI, HASIL JUALAN MELALUI CHARITY SHOP INI AKAN DIMASUKKAN KE DALAM TABUNG ENDOWMEN UNIVERSITI BAGI TUJUAN MEMBANTU MAHASISWA YANG MEMERLUKAN DI BAWAH KATEGORI BOTTOM 40.
BARANGAN YANG BOLEH SUMBANGKAN ADALAH DARIPADA PELBAGAI JENIS SAMA ADA PAKAIAN, BUKU, GAJET SEHINGGALAH KEPADA BARANGAN KEPERLUAN HARIAN.
LOKASI CHARITY SHOP INI BAKAL DITEMPATKAN DI BANGUNAN STUDENT UNION (SUB), BERSEBELAHAN DENGAN PEJABAT POS UTM