23 April 2016 | Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN), UTM Johor Bahru
Istimewa Sempena Konvokesyen ke-56 UTM, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) menerusi Market UCTC@Laketown, UTM Johor Bahru akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang hari melibatkan para pelajar sekolah, ibu bapa dan pengunjung pada 23 April 2016 (Sabtu) ini.
Sehubungan itu, sesiapa yang berminat dijemput untuk menyertai Pertandingan Memasak Menu Kerabu bertempat di Perkarangan Pejabat Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Tasik Tropika, UTM Johor Bahru pada 23 April 2016 (Sabtu), bermula jam 4.30 petang.
Pertandingan ini akan diadili oleh Chef Arm, seorang Chef Selebriti yang juga akan membuat demonstrasi masakan Pasta Penne Goreng Cendawan Butang, Homemade Burger dan Zuppa Di Zucchini pada jam 2.30 petang.
Beliau juga akan menaja hadiah tempat Pertama, Kedua dan Ketiga. Tiada yuran dikenakan dan peserta perlu membawa sendiri bahan-bahan mentah dan peralatan yang diperlukan bagi tujuan pertandingan tersebut.
Tempat adalah terhad. Sila hubungi urus setia di talian 5538034/ 5537556/011-27550265 untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut…