IMG-20160605-WA0029

29 Mei 2016 | Johor Bahru – Universiti Teknologi Malaysia dan Pejabat Parlimen Pasir Gudang, Johor Bahru telah mengambil inisiatif membangunkan semula FLAT Taman Plentong Utama menjadi sebuah kawasan flat yang lestari dan berkualiti. Projek yang dibiayai oleh pihak UCTC Kementerian Pendidikan Tinggi ini dengan mendapat kerjasama pihak Pejabat Parlimen Pasir Gudang, Persatuan Penduduk dan Majlis Bandaraya Johor Bahru telah berjaya menjayakan bersama projek pembangunan komuniti yang komprehensif ini. Projek ini bertujuan membangunkan sebuah persekitaran flat yang lestari dari segi pelbagai aspek kehidupan yang berkualiti. Diantara projek yang telah dijalankan di kawasan Flat ini adalah seperti pembangunan laman interaktif kanak kanak, laman edible dan bilik kelab suka belajar.

Dengan menyahut seruan Strategi Lautan Biru Nasional atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), usaha pembangunan semula persekitaran Flat ini telah diterjemahkan melalui usaha dan penglibatan mahsiswa dan pensyarah UTM serta penglibatan Komuniti didalam menjayakan proses transformasi ini. Centre of Community and Industry Network (CCIN), Fakulti Alam Bina dan Fakulti Pendidikan UTM telah bekerjasama di peringkat universiti menjayakan projek ini. Seramai 50 orang mahasiswa UTM telah terlibat dengan dibantu oleh 2 orang pensyarah. Projek ini telah dibangunkan dengan kos yang efektif dengan hasil yang jauh berkualiti berbanding dengan dibangunkan oleh pihak firma perunding atau kontraktor binaan. Ianya juga telah mengambil masa yang singkat dengan setiap projek disempurnakan dengan tempoh 6 bulan sahaja.

IMG-20160605-WA0013 IMG-20160605-WA0015

Model Pembangunan dan Pendekatan yang diaplikasikan oleh pihak UTM ini akan dijadikan rujukan dan panduan kepada beberapa pembangunan komuniti di kawasan FLAT lama yang kurang persekitaran berkualiti menjadi lebih kondusif. Ini akan memberikan satu kehidupan baru di kawasan kawasan flat lama dan menjadi pemangkin kepada persekitaran yang lestari dengan nilai kehidupan yang lebih berkualiti.

Projek ini juga akan diteruskan dengan pembangunan pembangunan yang lain mengikut Pelan Perancangan Keseluruhan atau Pelan Induk yang telah dikeluarkan melalui hasil penyelikan pelajar. Diantara pembangunan lain yang dirancang adalah seperti Pembangunan Taman Terapi, Taman Persisir Sungai, Taman Vertivulture dan Taman Seni Komuniti. Projek ini akan dilaksana secara berperingkat dan ini termasuklah memperkasakan aspek pendidikan dengan kewujudan bilik Kelab Suka Belajar. Dengan kejayaan projek ini, Majlis Perasmian dan Pelancaran Projek telah disempurnakan oleh Yg. Berhormat Hjh. Normala Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang yang telah diadakan pada 29 Mei 2016 di Perkarangan Kawasan Flat Taman Plentong Utama. Turut bersama adalah Timbalan Naib Canselor UTM, Yg. Berbahagia Prof. Dr. Azlan Abd.Rahman serta tetamu tetamu majlis yang lain serta pihak komuniti Flat Taman Plentong Utama.

IMG-20160605-WA0021 IMG-20160605-WA0020 IMG-20160605-WA0016

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day