Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Sains Teknologi & ICT Negeri Johor dengan kerjasama YIM Technology Resources Sdn. Bhd. (YTR) sebagai konsultan program akan menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Johor 2016 buat julung kalinya bermula pada 15 Jun 2016 sehingga 15 Julai 2016.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Negeri Johor yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencipta inovasi yang mampu menyelesaikan masalah, baik dalam bentuk teknologi atau produk yang boleh dikira inklusif sekiranya ia berkualiti tinggi, mampu milik dan memanfaatkan golongan terpinggir yang ramai, terutamanya mereka yang pendapatan rendah.
Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah seperti berikut:
Tempat pertama – RM5,000.00, Trofi & Sijil Penyertaan
Tempat kedua – RM3,000.00, Trofi & Sijil Penyertaan
Tempat ketiga – RM1,5000.00, Trofi & Sijil Penyertaan
Tempat keempat – kesepuluh – Trofi & Sijil Penyertaan
Terma dan syarat penyertaan serta maklumat lanjut mengenai cabaran ini boleh diperolehi di capaian http://johor.innomap.my