Hasil penyelidikan dan usaha pembangunan oleh Universiti Teknologi Malaysia Skudai mulai tahun 2012 dan sumbangan sebahagian dana MAINJ, Braille Al-Quran Elektronik telah dapat dihasilkan dan gunakan oleh golongan cacat penglihatan dalam membaca dan mempelajari Al-Quran dengan lebih mudah.
Dalam satu majlis ringkas di Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth Johor Bahru MAINJ dan UTM secara simboliknya menyerahkan set Braille Elektronik tersebut kepada Pengetua Sekolah Princess Elizabeth untuk digunakan oleh 70 pelajar cacat penglihatan. Ternyata ianya sangat membantu para pelajar dan mudah dibawa kerana saiznya yang kecil.
sumber : fb MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR



