Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan Skim Geran GUP-IISJ Fasa 1/2016 sebanyak RM1,496,310 kepada 43 projek yang berjaya. Keputusan permohonan adalah seperti berikut:
i). Â Â 43 projek penyelidikan yang diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1,496,310.00
seperti di lampiran;
ii). Â Â 25 projek penyelidikan yang tidak diluluskan;
Kelulusan peruntukan projek penyelidikan seperti yang dinyatakan di perenggan 2 di atas adalah tertakluk kepada syarat berikut:
i).   Projek penyelidikan yang diluluskan dan menerima peruntukan di bawah GUP-IISJ Fasa 1/2016
digalakkan  mendapatkan tambahan peruntukan daripada agensi lain bagi projek penyelidikan
yang sama;
ii).  Ketua Projek perlu mematuhi Garis Panduan GUP sepanjang tempoh penyelidikan mengikut
tahun yang telah ditetapkan. Sebarang pindaan di dalam Garis Panduan GUP adalah tertakluk
kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia.
Sekian untuk makluman.
Pengarah / Ketua Sekretariat IISJ
Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN),
Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor Bahru.
Office   : +607-5538002
Mobile : +601111129734