WEB 01

Olimpiad Matematik Antarabangsa (International Mathematical Olympiad) merupakan salah satu pertandingan penyelesaian Matematik yang berprestij di peringkat dunia. Pertandingan Matematik ini adalah program yang sangat kompetitif di mana para peserta akan menduduki ujian menyelesaikan masalah Matematik tahap tinggi. Sebagai persiapan awal sebelum menghadapi pertandingan tersebut, satu pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Awam 2016 (OMUA 2016) yang melibatkan semua universiti awam di Malaysia akan diadakan di Universiti Putra Malaysia pada 26 November 2016.

Pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan di peringkat universiti awam ini merupakan satu pendedahan awal dan kesedaran kepada masyarakat tentang adanya pertandingan Olimpiad Matematik peringkat universiti di luar negara. Oleh itu,  JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS, UTM akan menganjurkan pertandingan di peringkat universiti bagi mengenalpasti calon-calon pelajar yang berkelayakan untuk mewakili universiti dan seterusnya bertanding di peringkat kebangsaan bersama-sama 20 universiti awam yang lain.

Peringkat  :-

  • Saringan Pertama  :  24 September 2016  (di UTM)
  • Saringan Akhir  :  15 Oktober 2016  (di UTM)
  • Pertandingan Akhir  :  26 November 2016  (di UPM)
Objektif Pertandingan :-
  • Mencari calon-calon dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berkebolehan tinggi dalam Matematik bagi kejohanan Olimpiad Matematik Universiti Awam 2016 (OMUA 2016).
  • Menggalakkan dan mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah Matematik dengan kreatif dalam kalangan pelajar universiti.
  • Memberi peluang kepada para pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyertai kejohanan IMO 2017.

Syarat Kelayakan  :-

  • Warganegara Malaysia
  • Peserta pertandingan ini merupakan pelajar Pra-Siswazah Tahun 1, 2 atau 3 yang mendaftar secara sepenuh masa di UTM.
  • Terbuka kepada semua fakuti di UTM.
  • Tiada sebarang yuran dikenakan.

Maklumat sila klik : www.science.utm.my/utmo2016

Tarikh tutup pendaftaran pada 15 September 2016.

 

sumber  :
Jawatankuasa Taskforce Olimpiad Matematik UTM 2016
Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin
Jabatan Matematik Sains, Fakulti Sains,
UTM Johor Bahru.

No. Telefon  :  +607-55 34317
No. Telefon Bimbit  :  019-731 4317
Fax  :  +607-55 66162

Emel  :  suhailasj@utm.my

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index