DATEÂ Â Â Â Â Â Â :Â Â 26 Ogos 2016
TEMPATÂ :Â Â CCIN UTM KL
MASA     :  9.00 pagi 5.00 petang
Selaras dengan usaha membudayakan semangat kesukarelawan berasaskan ilmu dikalangan warga kampus, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ‘UTM ENGAGE’- Jom Buat ‘Durian Crepe’ di Kampus Kuala Lumpur.
Program tersebut juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukuhkan budaya libatsama dikalangan warga kampus secara khusus, perkongsian ilmu serta amalan gaya hidup sihat. Perkongsian ilmu pengetahuan dalam aktiviti ini bukan sahaja dibuka kepada staf UTM bahkan kepada orang awam dikawasan kejiranan UTMKL yang mana ianya mungkin boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Fasilitator sukarelawan ini adalah Pn. Marina Zainal dari Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTMJB telah berkongsi ilmu cara menyediakan ‘durian crepe’ yang sangat enak serta panduan dan tips dalam menjana pendapatan sampingan dengan menjual ‘durian crepe’. Dihadiri seramai 15 orang perserta telah mengambil bahagian dalam program kali ini dengan jayanya.
CCIN juga membuka permohonan kepada komuniti luar bagi memperkenalkan UTM amnya dan CCIN khasnya kepada komuniti disekitarnya. Ia juga disertai oleh Pn. Azmah Awang Hamat, Penolong Kanan SK Polis Depot.
Diharapkan agar program yang akan datang dapat menarik lagi lebih ramai komuniti untuk turut serta.
Sebarang pertanyaan untuk program selanjutnya sila hubungi En. Hazly Jaapar di talian 03-2615 4500.