Pada bulan Julai yang lalu, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), UTM telah membuka permohonan Dana Libatsama Komuniti bagi Projek Transformasi Luar Bandar dan Dana UCTC. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa lapan (8) projek telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dibawah Program Transformasi Luar Bandar (NBOS4) dan UCTC (NBOS8) seperti dibawah :
SENARAI PROJEK LIBATSAMA KOMUNITI BAGI PERMOHONAN DANA LUAR BANDAR (NBOS 4), KPT
Bil |
Nama Projek |
Ketua Projek |
Fakulti |
1 |
Pemantapan kemahiran di Kalangan Anak Muda |
Dr. Hazilah Mad Kaidi | UTM Razak School of Engineering & Advanced Technology |
2 |
Penghasilan minyak pati serai wangi dan aplikasi nanokapsul anti-serangga |
Prof. Ida Idayu Muhamad | Fakulti Kejuruteraan Kimia & Tenaga |
3 |
Adaptasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Luar Bandar Bermula dari Rumah (i-BIRU) | PM. Dr. Shahida Sulaiman | Fakulti Komputeran |
4 |
Penggunaan Teknologi Prototaip lo-fidelity bagi Kesedaran Kepentingan Berfikiran Kritis dan Kreatif Remaja di Luar Bandar |
Dr. Masitah Ghazali | Fakulti Komputeran |
5 |
Integrasi Pico Hidro Elektrik Bagi Meningkatkan Aktiviti & Ekonomi Masyarakat Orang Asli |
Prof. Dr. Asan Ali Golam Hassan | UTM-IBS |
PROJEK DIBAWAH DANAÂ UNIVERSITY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTREÂ (NBOS 8), KPT
Bil |
Nama Projek |
Ketua Projek |
Fakulti |
1 |
Mudah Membaca Bagi Kanak-Kanak Disleksia Dengan Menggunakan Buku E dan Ko Qr | Pn. Hafiza Abas | Advanced Informatics School (UTM KL) |
2 |
Penubuhan Skuad Asatizah Muda Dari Kalangan Kanak-Kanak Jalanan Kg. Periok-Chow Kit Untuk Komuniti Anak-Anak Istimewa | PM. Dr. Wardah Zainal Abidin | UTM RAZAK School of Engineering and Advanced Technology |
3 |
Kelestarian Transformasi Pembangunan Sosio-Ekonomi Penduduk Kampung Sg. Tiang, Hutan Simpan Royal Belum | Dr. Mohd Nabil Muhtazaruddin | Advanced Informatics School (UTM KL) |
CCIN ingin merakamkan ucapan  TAHNIAH kepada semua Ketua Penyelidik yang telah diberi kelulusan dan peruntukan dan diharapkan agar projek ini dapat dijalankan dengan baik serta memenuhi penunjuk prestasi utama(Key Performance Indicator-KPI) yang telah ditetapkan.
Selain itu, CCIN juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyelidik UTM yang telah menghantar kertas kerja permohonan kepada pihak CCIN
Sebarang pertanyaan dan persoalan, boleh menghubungi Pegawai Komuniti CCIN, Pn Siti Nur Farhana Mohd Husaini ditalian sambungan 37884 / 37556 (Pejabat am).