Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) dibawah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) telah membuka permohonan dana projek komuniti berimpak mengikut titik sentuhan yang telah dinyatakan di dalam Bajet Johor 2017 bermula 1 Januari 2017.
Secara umum, pihak Kerajaan Negeri sangat menekankan projek-projek berimpak yang dapat meningkatkan pertumbuhan Negeri Johor selari dengan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor (PPSJ). Sehubungan dengan itu, bagi semua ahli akademik yang berminat, permohonan adalah terbuka kepada projek-projek yang sedia ada atau projek-projek yang sedang berjalan dan baru. Untuk makluman, segala keputusan tertakluk kepada keperluan dan fokus pembangunan ekonomi dan komuniti di Johor yang dibuat diperingkat Kerajaan Negeri Johor dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Kepada staf penyelidik yang ingin menghantar permohonan tersebut, permohonan boleh dikemukakan kepada Ketua Sekretariat IISJ (iisj@utm.my) sebelum 15 Januari 2017. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pejabat CCIN ditalian 07-55 37556 atau emailkan ke nurnaha@utm.my atau siti_nurhafizah@utm.my
GARIS PANDUAN DANA KERAJAAN NEGERI JOHOR UNTUK PROJEK KOMUNITI TAHUN 2017 sila klik :
GARIS PANDUAN DANA KERAJAAN NEGERI JOHOR UNTUK PROJEK KOMUNITI TAHUN 2017
KERTAS KERJA GERAN IISJ KERAJAAN NEGERI JOHOR 2017/1 PROJEK KOMUNITI BERIMPAK
boleh diklik : Kertas Kerja Lampiran IISJ -KNJOHOR
Juga TITIK SENTUHAN BAJET NEGERI JOHOR 2017 sila klik disini : Touchpoint Bajet 2017
Sekian untuk makluman semua.