NEGERI SEMBILAN, 22 Januari 2017 YABhg. Dato’ Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia telah berbesar hati merasmikan Majlis Penutupan Program Libatsama Komuniti  UTM @ NICE’17 di Dewan D’sury,  Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Program yang berlangsung selama 5 hari, bermula pada 18 Januari hingga 22 Januari 2017 telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Merangkap ADUN Kawasan Pertang & Ketua UMNO Bahagian Jelebu, YB Dato’ Hj. Jalaluddin Hj. Alias. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh ini yang turut melibatkan mahasiswa daripada pelbagai universiti awam mahupun swasta yang lain.

Pelaksanaan program ini secara ringkasnya terbahagi kepada 2 (dua) iaitu Program Libatsama Komuniti dan Program Libatsama Komuniti Berfokus.  Program Libatsama Komuniti dilaksana pada 18 hingga 22 Januari, 2017 (Rabu-Ahad). Antara program yang  berlangsung ialah, Majlis Perasmian Pembukaan & Penyerahan Anak Angkat, membaikpulih komputer Mini RTC Lakai dan Air Hitam, Klinik Sukan Ragbi, Literasi Maklumat, eRezeki, Tahsin Al-Quran, Sukaneka bersama Komuniti & Keluarga Angkat, Solat Berjemaah, Bacaan Yasin Bersama Keluarga Angkat, Pasoh Got Talent, Akademia; Kem Pendidikan, Bersama Idola Kelahiran Jelebu, Youth Challenge, Selawat & Forum Perdana, Ziarah Kasih, Malam Warisan Budaya, Rewang Sekampung, Sukan Rakyat Bersama Pemimpin, Karnival Pendidikan & Usahawan Ko Jelobak Ko Jelobu serta Majlis Perasmian Penutup.

Program Libatsama Komuniti Berfokus pula akan dilaksanakan pada Februari, 2017-Februari 2018. Antara program yang bakal dilaksanakan adalah Strategi Pembelajaran Berkesan untuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, Penuaian Air Hujan, Ternakan Lebah Kelulut, Kursus Pendawaian Elektrik Secara Domestik, Projek Mempertingkat Ekonomi Individu Menerusi Modul  ‘NTP-G’ dan Celik Al-Quran. Libatsama Komuniti Berfokus UTM@NICE‘17 dijangka dapat memberi impak yang bermanfaat kepada seluruh peserta yang terlibat, khususnya komuniti setempat.

Program ini melibatkan seramai 1,032 orang peserta terdiri daripada Sekreteriat Pelaksana dan sekreteriat induk UTM@NICE’17, mahasiswa dari UTM, UKM, UIAM, USIM, KPJUC, Kolej Komuniti Jelebu, GIATMARA, Jelebu, pelajar MRSM Kuala Klawang, Sekolah Menengah Harian serta Sekolah Kebangsaan Sekitar Jelebu. Ketua Pengarah Libatsama Komuniti UTM@NICE‘17 adalah Saudari Shafeqa Ameera Binti Jufri, Mahasiswa Tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik UTM.

Turut hadir di majlis ini adalah Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dr. Durrishah binti Idrus, pegawai-pegawai kanan IPT lain serta komuniti Felda Pasoh 4.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index