KUALA LUMPUR, 21 Januari 2017 – Human Capital And Knowledge Management (HuCKM) UTM Razak School Of Engineering And Advanced Technology (UTM RAZAK SCHOOL) berkolaboratif dalam penyelidikan bersama Kolej Vokasional Gombak (KVG), telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Libatsama Komuniti UTMKL Borderless Thinking bertempat di KVG. Selain dari mengukuhkan budaya libatsama dikalangan warga kampus bersama rakan industri, program perkongsian ilmu ini juga bertujuan untuk membantu pensyarah-pensyarah KGV merubah mind set mereka bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas dengan berkesan dan cemerlang.

Program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di KVG dan dihadiri oleh 72 orang pensyarah dan 2 orang staf KVG. Program perkongsian ilmu ini berlangsung selama satu (1) hari; bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang . Ianya diketuai oleh Dr. Nik Nadzirah Binti Nik Mohamad selaku ketua projek turut serta Dr. Wan Normeza Binti Wan Zakaria ketua penyelidik HuCKM bersama-sama tujuh (7) penyelidik dari UTMKL.  Perasmian program telah disempurankan  oleh Yang berbahgia Prof. Dr. Sha’ri bin Mohd Yusof dekan UTM RAZAK SCHOOL.  Penyelidik-penyelidik HuCKM UTMKL memberi fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan modal insan dan pengurusan pengetahuan dalam organisasi atau industri. Program ini dibahagikan kepada  tiga sesi utama: Sesi 1 : Pengenalan kepada Borderless Thinking; Sesi 2: Pengurusan Perubahan (Change Management); dan Sesi 3: Pelan Intervensi Perubahan dan Tindakan.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakan dari warga KVG dan diharapkan dapat diadakan di Kolej Vokasional di seluruh Malaysia. Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan. Sebarang pandangan serta idea berhubung konsep atau bentuk perlaksanaan program boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03 261545008 – En. Hazly Jaapar.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index