KUALA LUMPUR, 30 Disember 2016 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pejabat Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur dan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dengan kerjasama Robotic Systems Enterprise (Drabot) telah menganjurkan ‘2016 Drabot-UTM Multi-Domain Robotics Competition’ (Drabot-UTM MDRC 16). Pertandingan multi-dimensi robot (air, udara, dan darat) seumpama ini pertama kali diadakan di Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan seawal mungkin kepada generasi muda demi memupuk minat dalam membangunkan teknologi robotik yang mampu memberi impak positif terhadap pembangunan negara seiring dengan perkembangan pesat teknologi tersebut di peringkat global.
Perasmian telah disempurnakan oleh yang berbahagia Prof. Dr Shamsul bin Sahibuddin, Dekan Advanced Informatics School (AIS), merangkap Pemangku Pengarah Kampus UTMKL, ianya telah dijalanakan di Bilik Seminar 2, Bangunan Perpustakaan, UTMKL. Peserta pertandingan merupakan pelajar-pelajar sekolah berumur 9 hingga 17 tahun yang telah menyertai ‘2016 Drabot Robotics Summer School’ dari 28 November 2016 sehingga 30 Disember 2016. Peserta-peserta telah dilatih oleh fasilitator terdiri dari mahasiswa UTMKL selama 24 hari.
Terdapat enam kategori telah dipertandingkan sempena program ini Iaitu Manual Water Robot, Autonomous Water Robot, Multirotor Aerial Robot, Manual Ground Robot, Line Following Robot, dan Autonomous Ground Robot. Dua kumpulan telah bersaing untuk merebut kejuaraan bagi setiap kategori pertandingan iaitu kumpulan Roboking dan kumpulan Enigma.
Pertandingan manual water robot dan autonomous water robot telah diadakan di Kolam Air, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur, 10 pagi -11 pagi dan telah dimenangi oleh :-
Manual Water Robot: Kumpulan Roboking yang diwakili oleh adik Fatimah Athiyah binti Mohd Zaki (11 tahun) dan adik Goh Ceng Yee (12 tahun).
Autonomous Water Robot : Kumpulan Enigma yang diwakili oleh adik Danish Aiman bin Rozmi (14 tahun)
Pertandingan Multirotor Aerial Robot telah diadakan di Bilik Seminar 2, Perpustakaan UTM, UTM Kuala Lumpur, 11 pagi – 12 tengahari dan telah dimenangi oleh :-
Multirotor Aerial Robot : Kumpulan Roboking yang diwakili oleh adik Muhammad Fikri bin Kamarudin (15 tahun) dan adik Harith Nabil Bin Md Zarin (11 tahun).
Pertandingan Manual Ground Robot, Line Following robot, dan Autonomous Ground Robot telah diadakan di Bilik Seminar 2, Perpustakaan UTM, UTM Kuala Lumpur, 2.30 petang – 4.30 petang dan telah dimenangi oleh :-
Manual Ground Robot : Kumpulan Enigma yang diwakili oleh adik Ashraf Bin Ishak (15 tahun) dan adik Aishah Binti Azizul (10 tahun).
Line Following Robot : Kumpulan Roboking yang diwakili oleh adik Loong Minwei (16 tahun) dan adik Ahmad Hasif Bin Ahmad Faiz (13 tahun)
Autonomous Ground Robot : Kumpulan Enigma yang diwakili oleh adik Muhammad Irfan Bin Zairul Effendi (17 tahun).
Juara keseluruhan pertandingan telah dimenangi oleh Kumpulan Enigma dengan kelebihan memenangi pertandingan kategori autonomous ground robot memandangkan kumpulan Enigma dan Roboking masing-masing mengumpul 3 mata. Peserta terbaik telah dianugerahkan kepada adik Hafiz bin Maznan (15 tahun) yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan prestasi yang memberangsangkan sepanjang ‘2016 Drabot Summer School’.
Semoga program seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang dan menjadi titik tolak kerjasama yang berterusan di antara pihak UTM dan Drabot dalam membangunkan anak bangsa Malaysia untuk menerokai lebih jauh lagi dalam bidang robotik.