TERKINI: TARIKH AKHIR PERMOHONAN DILANJUTKAN KE 28 MAC 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh  & Salam Sejahtera

Kepada warga UTM dikalangan staf akademik dan staf pengurusan, profesisonal dan pelaksana, 

Sukacita dimaklumkan, Pencalonan bagi Dua (2) Anugerah sempena MAJLIS CITRA KARISMA iaitu Anugerah Khidmat Masyarakat (AKM) dan Anugerah Keterlibatan Industri (AKI) bagi tahun 2018 telah dibuka permohonannya mulai 23 Februari 2019.

TEMPOH PERMOHONAN TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 28 MAC 2019!…

ANUGERAH CITRA KARISMA 2019

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT

Anugerah Khidmat Masyarakat diwujudkan bagi tujuan mengiktiraf warga UTM dikalangan staf akademik dan staf pengurusan, profesisonal dan pelaksana yang telah menyumbang kepada nama baik Universiti melalui aktiviti khidmat masyarakat secara sukarela di dalam dan luar UTM.

KATEGORI ANUGERAH

i. Projek komuniti (Penyertaan Tertutup)
ii. Staf (Akademik Dan Pengurusan, Profesional & Pelaksana)

ANUGERAH KETERLIBATAN INDUSTRI

Pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UTM yang telah bekerjasama secara aktif dengan industri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan (semua staf akademik dan dan staf bukan akademik). Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah peningkatan kebolehpasaran graduan, perolehan dana, penyelidikan dan inovasi serta penonjolan kekuatan akademik UTM.

KATEGORI ANUGERAH
i. Staf (Akademik Dan Pengurusan, Profesional & Pelaksana)

 

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT (KATEGORI PROJEK KOMUNITI) 2019

Pencalonan ini adalah TERTUTUP kepada projek-projek yang mendapat penarafan bintang 5 bagi tahun 2018 sahaja.

Syarat permohonan (Kategori projek komuniti)

  1. Pencalonan adalah tertutup di mana semua projek yang mendapat 5 star rating adalah layak tercalon.
  2. Ketua Projek perlu membuat pengesahan persetujuan pencalonan sebagai penentuan projek yang dipertandingkan.
  3. Projek komuniti yang bertanding mestilah projek komuniti yang dilaksanakan pada tahun 2018.
  4. Projek komuniti yang bertanding mestilah memberi sumbangan terus kepada masyarakat. Projek komuniti boleh berlaku dalam konteks pengajaran (community-based learning and service learning), penyelidikan (community-based participatory research) dan perkhidmatan (civic engagement and community service.)
  5. Projek yang bertanding mendapat kerjasama dalam pelbagai bentuk daripada pelbagai pihak (kerajaan, industri, akademik, orang awam).
  6. Projek komuniti yang pernah menerima penganugerahan/penghargaan dari komuniti dan pihak-pihak lain merupakan satu kelebihan.
  7. Pencalonan baharu mestilah bukan penerima anugerah ini bagi tiga tahun sebelum iaitu 2015,2016 dan 2017.
  8. Markah saringan minimum ialah 70%.
  9. 3 calon yang disenarai pendek selepas saringan perlu melakukan pembentangan projek semasa penilaian akhir panel.
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index