ANUGERAH KETERLIBATAN INDUSTRI 2017

Pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UTM yang telah bekerjasama secara aktif dengan industri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan (semua staf akademik dan dan staf bukan akademik).  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah peningkatan kebolehpasaran graduan, perolehan dana, penyelidikan dan inovasi serta penonjolan kekuatan akademik UTM.

HADIAH  :

  • WANG TUNAI RM1,000.00 berserta Trofi dan Sijil

 

SYARAT PERMOHONAN  :

  • Pencalonan dibuka kepada semua staf akademik dan pentadbiran UTM.
  • Pencalonan boleh dibuat berdasarkan :
    • pencalonan diri sendiri
    • pencalonan oleh individu lain
    • pencalonan PTJ
  • BORANG PENCALONAN (muat turun)
  • Calon hendaklah mengisi borang penyertaan Anugerah Keterlibatan Industri dan perlu mendapat perakuan dari Ketua Jabatan/PTJ masing-masing.
  • Calon yang diperaku mestilah giat dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan industri samada dalam penyelidikan, akademik atau perkhidmatan.
  • Pencalonan adalah berdasarkan aktiviti keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun  2016 dan 2017 sahaja.
  • Penganugerahan/penghargaan yang diterima dari mana-mana pihak merupakan satu kelebihan kepada calon.
  • Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, laman web, sijil, surat dan lain-lain.

 

TARIKH TUTUP  :

  • 8 MAC 2018 (KHAMIS)

 

SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
Urusetia
ANUGERAH KETERLIBATAN INDUSTRI 2017
Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN)
Pn. Salina Muhamad
Emel: salina.kl@utm.my
Tel: 07-5537819
https://research.utm.my/ccin

UTM Open Day