KUALA LUMPUR, 23 November 2016 – Bersempena Hari Bersama Pelanggan UTMKL 2016, Pusat Jaringan Komuniti Dan Industri (CCIN) telah diberi peluang untuk mengambil bahagian menjayakan program tersebut. Pusat Jaringan Komuniti Dan Industri (CCIN) menjadikan program seumpama ini sebagai batu loncatan untuk memperkenalkan tanggungjawab serta sumbangannya kepada universiti dan komuniti sekitarnya.

Program ini juga memberi peluang untuk warga UTM menyiapkan diri bagi membantu Universiti mencapai sasaranya seperti yang terkandung dalam teras strategik universiti dalam Plan Global 50 iaitu Sumbangan Yang Terbaik Kepada Komuniti.

Program telah dirasmikan oleh Y. Bhg Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor Pembangunan (TNCP) yang mana ianya bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang bertempat di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur.

Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memeriahkan booth Pusat Jaringan Komuniti Dan Industri (CCIN) antaranya demo memasak menggunakan periuk noxxa, jualan barangan IKS, pameran hasil kraftangan staf UTMKL serta pembentangan projek UCTC dan RTC tahun 2016.

Booth Pusat Jaringan Komuniti Dan Industri (CCIN) mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung semasa program berlangsung. Sebarang pandangan serta idea penambahbaikan berhubung konsep atau bentuk pelaksanaan program yang mendatang boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia En. Hazly Ja’apar di talian 03-26154500 atau emel hazly.kl@utm.my.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index