Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) telah menaiktaraf pelaksanaan Penarafan Bintang Libatsama Komuniti (Community Engagement Impact Rating-CEIR) di dalam Sistem RADIS. Penarafan bintang ini adalah untuk pelaksana program pemindahan ilmu / teknologi yang berimpak tinggi dikalangan ahli akademik universiti. Markah bonus bagi e-LPPT (minimum 2, maksimum 10) akan diberikan kepada Ketua Penyelidik dan ahli projek berdasarkan rating yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, adalah dimohon Ketua Penyelidik bagi setiap program pemindahan ilmu/teknologi yang telah atau sedang berjalan bagi tahun 2016 untuk mengisi borang CEIR yang terdapat didalam tab STAR RATING di RADIS.
Semua penghantaran laporan perlu dilengkapkan dan disertakan bukti-bukti yang dikehendaki seperti didalam borang. Penghantaran pelaporan melalui sistem RADIS adalah sebelum atau pada 15 Disember 2016 untuk penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Projek Berimpak Tinggi Libatsama Komuniti 2016. Dibawah merupakan tempoh masa yang ditetapkan:-
Tarikh |
Aktiviti |
Tindakan |
17 Nov 2016 – |
Mengumpul maklumat, mengemaskini data, menganalisis projek & pelaporan serta bahan-bahan bukti lain |
Ketua Penyelidik |
16 Dis 2016 – |
Penilaian Projek Berimpak Tinggi Libatsama Komuniti 2016 |
Ahli Jawatankuasa Penilai Projek Berimpak Tinggi Libatsama Komuniti |
10 Januari 2017 |
Penyemakan Pemarkahan di e-LPPT |
Ketua Penyelidik & Ahli |
Antara muka star rating :-
Sebarang persoalan atau pertanyaan boleh berhubung terus di talian 07-5537884 / 37556 (pejabat am) atau untuk semakan borang dan bukti-bukti program boleh hadir terus ke Pejabat Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) di Taman Tropika, UTM Johor Bahru.
Segala kerjasama dan perhatian amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.