Dengan segala hormatnya, saya ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menyertai bengkel bersiri yang bertujuan membangunkan eko-sistem bagi penghasilan dan penggunaan kompos di Johor secara lestari.
2. Merujuk kepada perkara tersebut, satu sesi pengenalan kepada konsep asas proses pengkomposan serta kesan kepada ladang akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:-
Tarikh : 19 Jun 2016
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Rural Transformations Centre (RTC), Terminal Bas Kulai, Johor Darul Ta’zim.
3. Maklumat lanjut program ini seperti dilampiran. Jemputan ini boleh ditujukan kepada pihak/agensi yang berminat untuk turut sertai. Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui borang yang dilampirkan dan dihantar balik sebelum 16 Jun 2016.
Ke arah Masyarakat Karbon Rendah!
sumber :-
Prof. Madya Dr. Lee Chew Tin
Fakulti Kejuruteraan Kimia & Tenaga
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai. Johor. MALAYSIA
Tel (O): +60 7 5535594
Tel (M): +60 16 2320865