utm-library-logo

Perpustakaan UTM buat julung kalinya akan menganjurkan karnival perpustakaan UTM yang terbuka kepada warga UTM dan orang ramai pada 30 November 2016 (Rabu), jam 8.00 pagi – 5.00 petang di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

Tentatif program adalah seperti berikut :-

Masa

Perkara

07:30 pg

Persiapan oleh penganjur dan agensi kerajaan terlibat

08.30 pg

Semua peserta berada di booth untuk  beroperasi

9.00 pg

Perasmian Karnival Perpustakaan UTM oleh
Dr. Hajah Kamariah Nor Mohd Desa, Ketua Pustakawan,
Perpustakaan UTM

9.30 – 11.30
pg

Perkongsian Maklumat : Pinjaman Perumahan Penjawat Awam oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) Johor Bahru  *

2.30 – 4.30 ptg

Perkongsian Maklumat : Pengurusan Cukai Harta oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah *

5.00 ptg        

Bersurai

*  Nota: Kehadiran akan di catat sebagai mata CPD di dalam UTMSmile.

Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti pendaftaran kelas kemahiran perpustakaan, khidmat runding rujuk pangkalan data dan insentif penyelidikan, rundingan bersama agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) Johor Bahru, dan Muafakat Johor.

Turut mengambil bahagian adalah pengusaha food truck dan gerai iaitu jualan makanan, minuman, pakaian dan lain-lain lagi. Sebarang pertanyaan, majukan kepada pengerusi Karnival Perpustakaan UTM, Pn Noraini Binti Yahya di talian 07-5610324 atau emel norainiyahya@utm.my

 

sumber  :-

Pn. Liza Porijo <liza@utm.my>
Perpustakaan UTM

UTM Open Day