CCIN-FELDA SENING 01

16 DISEMBER 2015 | DEWAN SEMAI BAKTI FELDA SENING, KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM – Bagi menyahut seruan kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menumpukan program-program berimpak, masa perlaksanaan yang pantas, kos rendah dan juga lestari, projek ini dijayakan oleh Jawatankuasa Penduduk Felda Sening sendiri dalam mempraktikkan tanaman dengan menggunakan teknik fertigasi yang diterajui oleh Dr Ahmad Johari bin Sihes sebagai Ketua Projek dan ahli-ahli Kelab MyAgrosis dari Universiti Teknologi Malaysia.

CCIN-FELDA SENING 05

Perasmian Tapak Penanaman Fertigasi Pokok Tin seluas 100′ x 20′ ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Komuniti) FELDA, Encik Anuar bin Malek.

Inisiatif projek Penanaman Fertigasi Pokok Tin ini bukan sahaja menjadi salah satu pakej pelancongan Inap Desa malah ianya akan dapat membuka peluang pekerjaan selain memperkasakan ekonomi penduduk Felda Sening dengan hasil jualan anak pokok dan hasil produk daripada pokok tin seperti jem, buah tin dan daunnya yang dijadikan teh. Ia juga bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara kerana terdapat empat variasi pokok tin yang sukar ditemui telah ditanam di Rumah Perlindungan Hujan Pokok Tin di sini. Inisiatif ini juga dapat memajukan taraf sosiobudaya dan sosioekonomi penduduk luar bandar menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

CCIN-FELDA SENING 09 CCIN-FELDA SENING 08 CCIN-FELDA SENING 07

CCIN-FELDA SENING 013 CCIN-FELDA SENING 011 CCIN-FELDA SENING 03

UTM Open Day