Fakulti Kejuruteraan, Kejayaan UTM, Kolaborasi dan Jaringan Industri/Institusi, Libatsama Komuniti, Pencapaian Ahli Akademik/Penyelidik, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, Umum / By MD YANI KASIREN
Jun 2020 mencatat kejayaan indah kepada dua penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) apabila berjaya memperoleh Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) dalam usaha untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan B40 terutamanya di Johor.
Dua penyelidik tersebut adalah dari Fakulti Kejuruteraan UTM iaitu Prof Madya Dr Anwar bin Johari dan Prof. Madya Dr. Liza binti Md Salleh.
Dr Anwar akan menjalankan Program Penternakan Pintar Udang Kara Air Tawar yang akan melibatkan 36 orang peserta di Negeri Johor dan tambahan 6 orang peserta dari Perak manakala Dr Liza akan menjalankan Program Pengeluaran produk Nenas Bernilai Tinggi melalui Kaedah Mesra Alam dan akan melibatkan seramai 40 orang peladang kecil di sekitar Johor.
JOHOR BAHRU, 17 Mac — Program Bangsa Johor Bahagia telah dilancarkan dengan jayanya di sebuah majlis gilang gemilang yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah bertempat di Dewan Sultan Iskandar, kampus Johor Bahru.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata Program Bangsa Johor Bahagia adalah diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor bagi menunjukkan keprihatinan baginda kepada golongan bandar yang kurang berkemampuan yang menghuni flat kos rendah di sekitar Johor.
PENGENALAN U4S/ FALSAFAH PERUNTUKAN GERAN KOMUNITI UNIVERSITY FOR SOCIETY (U4S) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) 2015-2025 merupakan dokumen yang menterjemahkan hala tuju Universiti Awam (UA) yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan komuniti bagi mendukung dan menjayakan aspirasi negara untuk menjadi makmur dan kompetitif.
Sustainable Development Goal (SDG) menjadi agenda global apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan 17 matlamat yang perlu dicapai semua negara menjelang tahun 2030. Sehubungan itu, universiti berperanan besar dalam membantu negara mencapai SDGs untuk kelestarian masyarakat dengan melalui pelaksanaan pemindahan ilmu dan kepakaran universiti akan membantu mencapai sasaran SDG (rujuk glosary).