Date : 13 March 2017
Venue : Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Bioperubatan (FBME),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Satu sesi pengkayaan ilmu berkenaan “Social Return on Invenstment” atau SROI telah diadakan di Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Bioperubatan (FBME), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bengkel yang berlangsung selama satu hari itu adalah yang pertama kali diadakan oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dengan kerjasama National University of Singapore (NUS). SROI menjadi agenda utama dalam pelaksanaan projek komuniti apabila ia diletakkan di dalam KPI Universiti bagi tahun 2017.