Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku Jawatankuasa Bersama Program Jalinan SKK-UA  akan melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Jalinan (AKJ SKK-UA) 2016. Majlis AKJ SKK-UA ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada jalinan antara SKK Fasa 1 hingga Fasa 9 bersama dengan UA yang telah berjaya dalam mengadakan pelbagai program. Pengiktirafan yang diberikan dua tahun sekali diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada semua pihak dalam program jalinan ini dalam meneruskan kolaborasi pada masa-masa akan datang. Sebanyak 10 kategori anugerah disediakan bagi tujuan pengiktirafan ini.

Sehubungan dengan itu, SKK-UA adalah dipelawa untuk membuat pencalonan dengan memuat turun Panduan Standard Kriteria Penilaian AKJ SKK-UA 2016 dan Borang Pencalonan AKJ SKK-UA 2016 melalui alamat laman web http://www.myklusterakademik.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Borang pencalonan AKJ SKK-UA 2016 hendaklah dihantar secara hardcopy dan softcopy beserta dokumen sokongan (laporan) sebagai bukti pelaksanaan program kepada Urus Setia sebelum atau pada 31 Julai 2016.

sumber :-

Nur Eliana Binti Zainal
Unit Sastera dan Sains Sosial,
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik,
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tel : 03-8870 6550   Faks : 03-8870 6850

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index