TARIKH AKHIR PERMOHONAN ATAS TALIAN

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

PEMBUKAAN DANA BAHARU KPT: GERAN PENYELIDIKAN KHAS BAGI MENGHADAPI PASCA COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka pemohonan dana baharu iaitu DANA PENYELIDIKAN KHAS BAGI MENGHADAPI PASCA COVID-19

Maklumat lanjut berkaitan geran boleh rujuk laman web rasmi: portal.mygrants.gov.my

MAKLUMAT GERAN

Pengenalan

Penawaran geran penyelidikan yang bersifat jangka pendek ini adalah usaha KPT dalam menyediakan sumber rujukan kepada Kerajaan terutamanya kepada Kementerian berkaitan sebagai persediaan merangka polisi atau dasar dalam menghadapi senario kehidupan selepas wabak COVID-19. KPT yang mempunyai sumber tenaga akademik serta penyelidik berjumlah hampir 22,000 orang dan daripada jumlah itu, kira-kira 3,000 adalah pensyarah bertaraf Profesor dan sekitar 4,000 orang bertaraf Profesor Madya secara jelas dilihat dapat membantu negara memberikan idea untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi selain menghadapi kehidupan baru bagi mengelakkan wabak COVID-19 menular semula.​

Objektif

KPT akan memberikan sekurang-kurangnya RM20,000 bagi setiap penyelidikan yang dijalankan yang meliputi 20 bidang utama. Antara bidang kajian penyelidikan yang dikenal pasti amat berkait rapat dengan masyarakat bagi menghadapi realiti kehidupan selepas tempoh tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan bagi menangani penularan wabak COVID-19 adalah kesan terhadap ekonomi, kesihatan awam, keselamatan, pelancongan, perdagangan, teknologi maklumat, pendidikan dan keselamatan makanan (food security). Setiap Kertas Cadangan Penyelidikan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan tidak melebihi 3 orang.

Tempoh Permohonan

Permohonan geran penyelidikan khas ini, akan dibuka mulai 15 April 2020 sehingga 30 April 2020 dengan tempoh masa kajian adalah selama 6 bulan.

 

Makluman rasmi pembukaan geran tersebut boleh diakses melalui portal Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS).

http://mygrants.gov.my/main.php

MUAT TURUN DOKUMEN

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index