KUALA LUMPUR, 29 Disember 2016 – Sebagai satu inisiatif aktiviti kemasyarakatan dalam usaha memupuk kesedaran serta membantu komuniti sekitar selaras dengan teras strategik universiti dalam Plan Global 50 iaitu ‘Sumbangan Terbaik kepada Komuniti’, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) telah mengadakan kutipan dalam bentuk wang dan barangan untuk diserahkan kepada penerima pada kali ini iaitu Puan Azian binti Yusof yang lebih senang dikenali sebagai Nenek Umi.

Nenek Umi merupakan seorang balu yang mempunyai dua orang anak.  Salah seorang daripada anaknya terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap penyakit Epilepsi juga tidak berdaya untuk mengurus diri. Dalam masa yang sama, Nenek Umi menanggung 6 orang cucu yang berumur di antara 1 hingga 11 tahun yang turut tinggal bersamanya. Beliau juga mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula untuk dijual demi mencari pendapatan tambahan.

Satu kunjungan mesra telah diadakan ke kediaman Nenek Umi pada jam 3.00 petang di H-10-06, PPR Sg. Bonus, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur. Bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada Nenek Umi sebagai salah satu komuniti yang terpilih, UTMKL diwakili oleh Puan Ramona binti Abd. Rahim, Timbalan Pengarah (CCIN) dan telah diiringi oleh Encik Nasir bin Osman, Timbalan Pendaftar (Pejabat Pendaftar) dan Encik Zulfikar bin Ahmad, Pegawai Psikologi Kanan (Pusat Kaunseling & Kerjaya).

Kutipan serta sumbangan ikhlas daripada seluruh warga UTMKL telah diadakan bermula dari 7 hingga 23 Disember 2016. Jumlah terkumpul yang disumbangkan kepada Nenek Umi adalah berupa wang tunai sebanyak RM 1420.00, barangan makanan serta cenderamata yang dibekalkan oleh CCIN.

Usaha dalam membantu komuniti sekitar akan dijalankan secara berkala oleh pihak CCIN untuk meringankan beban penerima. Justeru itu, warga UTMKL mengharapkan agar sumbangan serta pemberian ikhlas yang diberikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban tanggungan sekaligus membantu persiapan cucu-cucu Nenek Umi untuk sesi persekolahan bagi tahun 2017.

Pejabat CCIN mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan program libatsama kali ini. Sebarang pandangan serta idea dalam usaha membantu komuniti sekitar boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03-26154500 – Encik Hazly bin Ja’apar/Cik Nurul Huda binti Mohamad Adib.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index