JOHOR BAHRU, 21 Julai 2019 – Bengkel Hi Impact SULAM telah diadakan dan dianjurkan oleh Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) UTM. Prof Madya Dr Johari Surif, Pengarah CCIN dan Puan Salina Muhammad daripada Unit Pengurusan Data Libatsama Komuniti CCIN telah dijemput oleh penganjur untuk menyampaikan ceramah kepada peserta mengenai kriteria dan ciri-ciri Projek Libatsama Komuniti berimpak Tinggi. Turut dikongsikan bersama adalah prosedur mendaftarkan projek Libatsama Komuniti serta kaedah mengukur impak melalui instrumen Star Rating. Matlamat utama penganjuran bengkel ini adalah untuk menggalakkan penyertaan projek-projek Libatsama Komuniti yang dilaksanakan oleh CCSL dan menyokong kepada agenda “Universiti untuk Mesyarakat” yang mana memberikan penumpuan kepada pemindahan ilmu dan inovasi yang dibangunkan oleh Universiti kepada komuniti setempat.