Bas Muafakat Johor akan memulakan operasi pada Minggu Pertama April, 2016.
- Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)
- Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti. (Perkhidmatan bas ini juga dipanjangkan ke dalam kawasan kampus UTM)
- Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai
- Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor dan dikenakan caj minima untuk setiap individu
-
Untuk makluman, pihak PAJ dan HEMA akan menetapkan tarikh dan tempat (dalam kampus) di mana warga kampus boleh mendaftar dan membuat Kad Muafakat Johor. Walaubagaimanapun, sdr juga boleh mendaftar secara online untuk proses yang lebih cepat. Sila layari  laman web berikut untuk info lanjut  :    www.basmuafakatjohor.comUntuk info lanjut, boleh juga hubungi Pegawai di Pejabat HEMA :-                *  Tn Hj Harun Mohd / En Nazam b. Isa / En Osman Taslim
sumber : Public Relations & Corporate Communications
UTM Johor Bahru