KUALA LUMPUR ; 17 NOVEMBER 2017 – PROGRAM JOM KEKAL SIHAT DAN KHATAN PERDANA Siri 1/2017 anjuran Pusat Kesihatan UTMKL bersama SK Seri Bonus akan diadakan pada 25 NOV 2017 (Sabtu) bertempat di SK SERI BONUS Kuala Lumpur.  Program ini melibatkan seluruh warga KL termasuk kawasan sekitar Kuala Lumpur, Mahasiswa, Komuniti dan Sekolah berhampiran UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama pihak SK Seri Bonus, Jabatan Kesihatan Wilayah Perseketuan, Hospital PUSRAWI serta Jabatan BOMBA untuk memupuk amalan gaya hidup sihat.

Antara objektif utama program ini adalah, mengatur kerjasama dan kesepakatan antara PKU UTM dengan Unit / Jabatan lain di dalam dan di luar kampus untuk melaksanakan khidmat kesihatan sebagai tanggungjawab sosial di dalam negara.

Diantara pengisian program ini adalah melibatkan aktiviti promosi kesihatan, pencegahan dan berkhatan yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Hospial PUSRAWI serta Jabatan BOMBA dan bagi program berkhatan pula dilaksanakan sepenuhnya oleh Pusat Kesihatan UTMKL yang di ketuai oleh Dr Ismail B Ahmed, Pengarah Pusat Kesihatan UTM bersama sukarelawan. Seramai 195 orang peserta telah mendaftar bagi program khatam tersebut. Program ini juga mendapat tajaan terbesar daripada Parlimen Setiawangsa dan mendapat tajaan – tajaan lain dari organisasi luar seperti Nasi Lemak Saleha dan daripada MAIWP serta Pusat Pungutan Zakat. Hasil tajaan ini juga dapat menaja peserta khatan daripada Rumah Amal Kasih Bestari, Kg Melayu Subang (10), anak – anak gelandangan daripada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (21), Anak – anak asnaf (10)  dan hasil lebihan dana yang terkumpul disalurkan kepada kepada Tabung Because We Care Chancellor’s Fund (BWCCF) UTM serta tabung SK Seri Bonus.

Ahli Parlimen Setiawangsa YBhg. Dato’ Ahmad Fauzi Zahari akan merasmikan kempen ini.

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :-

Dr Ismail B  Ahmed
Pengarah Pusat Kesihatan UTM

Office:+607-5532222 | Mobile: +6019-7000710
Email: drismail@utm.my

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index