KUALA LUMPUR, 23 Februari 2017 – Kolaborasi antara Akademi Bahasa, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) bersama SMK Padang Tembak (SMKPT) diteruskan dengan terlaksananya Program Pertukaran Budaya Malaysia-Jepun selama dua hari (22-23 Februari 2017) yang lalu. Ianya merupakan sebahagian dari perancangan Program Libatsama Komuniti Dalam Pengajaran UTMKL bersama SMKPT, diselaraskan oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar SMKPT dan mahasiswa Universiti Meiji, Jepun bertutur dalam Bahasa Inggeris disamping memperkenalkan budaya masing-masing.

Pensyarah Akademi Bahasa yang terdiri daripada Dr. Harmi Izzuan Baharum, Dr. Nurhasmiza Abu Hasan Sazalli, Pn. Khairuzilah Khalil, Pn. Rosyatimah Yasin, Cik Low Lai Har dan guru-guru SMK Padang Tembak yang diketuai oleh Pengetua SMKPT iaitu Pn. Zubaidah Md. Yunos telah merancang dan turut menjayakan program ini.

Program 2 hari ini dijalankan dihadiri seramai 130 pelajar SMKPT dan 7 orang mahasiswa University of Meiji, Jepun telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar semasa berkenalan, bertukar-tukar fikiran, selain berpeluang mengadakan pelbagai aktiviti seperti tarian tradisional Malaysia, memasak roti jala, mencanting batik, permainan tradisional seperti sepak takraw dan congkak. Mahasiswa University of Meiji, Jepun yang sedang menjalani International Double Master’s Programme di UTM Razak School of Engineering and Advanced Technology ini turut menari, memasak, bermain dan mencanting bersama-sama pelajar-pelajar SMKPT. Bukan itu sahaja, mereka juga turut mempersembahkan budaya Jepun seperti cara pemakaian Yukata, bahan bacaan, animasi, makanan dan permainan Jepun dalam acara perkongsian budaya tersebut.

Secara keseluruhan, semua pelajar SMKPT dan mahasiswa University of Meiji, Jepun yang terlibat sangat berpuas hati dan gembira atas inisiatif yang diambil oleh Akademi Bahasa dan guru-guru SMKPT ini. Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan.

Sebarang pandangan serta idea berhubung konsep atau bentuk pelaksanaan program boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03-2615 4500 – En. Hazly Ja’apar.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index