PUCHONG, KUALA LUMPUR  ;  7 OKTOBER 2018 – Universiti Teknologi Malaysia melalui Institut Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (ISI UTM) dan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) menjalin usaha sama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan penduduk perumahan kos rendah Bukit Puchong untuk bersama membangunkan Program “REJUVENASI PANGSAPURI 560 BUKIT PUCHONG”. Program ini merupakan satu usaha transformasi komuniti berpendapatan rendah untuk membina ruang kejiranan berkualiti menerusi perancangan inklusif yang melibat seluruh warga komunitinya. Lebih penting, program rejuvenasi ini membawa kepada ‘Pemberdayaan Komuniti’ (Community Empowerment), yang melahirkan masyarakat baharu yang berdaya kendiri dalam membangunkan rancangan kejiranan mereka.. MPSJ meletakkan sasaran projek impak tinggi untuk menjadikan program ini rujukan kepada pembangunan yang akan datang. Program yang telah dirasmikan pada 30 Jun 2018 lalu kini bersedia untuk fasa pembinaannya. Institut Sultan Iskandar UTM merupakan perunding dalam usaha sama ini.

Pelancaran Pembinaan telah berlangsung pada 7 haribulan Oktober 2018, dengan dirasmikan oleh Yang Dipertua MPSJ, Hajah Noraini Roslan; bersama Prof Madya Dr Gurupiah Mursib, Ketua Perunding dari Institut Sultan Iskandar UTM, dan En Nor Azmi Ibrahim, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Bukit Puchong.

Turut menyaksikan adalah Prof Dr Syed Ahmad Iskandar, Pengarah Eksekutif Institut Sultan Iskandar, Prof Mohamad Hamdan Ahmad, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Pn Ramona Abd Rahim, Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri UTM, YB Dr Siti Maisarah DUN N29 Seri Serdang dan En Thomas Low Yew Sin, Ahli Majlis Zon 17, Ketua-ketua Pengarah Jabatan MPSJ dan lain-lain sukarelawan. Seramai 38 orang pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM di bawah kelolaan Dr Syamsul Hendra Mahmud didatangkan khas dari UTMJB Skudai menjadi anak angkat pangsapuri ini untuk melaksanakan khidmat masyarakat mereka di sana.

Program rejuvenasi komuniti ini bakal dimulakan dengan Laman Edible dan diikuti dengan membina ruang serba guna blok C. Projek Rintis ini diharapkan dapat bertindak menjadi contoh kepada projek-projek berikutnya. Perancangan Projek Rintis ini dilaksanakan dari akar umbi dengan melibatkan komuniti untuk menimbulkan rasa pemilikan dan kepentingan bersama. Program ini bakal dimanfaatkan oleh 560 isirumah dan dari pembiayaan MPSJ serta mendapat sokongan dari pemaju dan Pusat Khidmat  Masyarakat Zon Seri Serdang. Pelancaran dihadiri kira-kira 300 orang penduduk, kumpulan konsultan ISI UTM dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, wakil CCIN UTMKL serta penglibatan pelbagai jabatan dari MPSJ. Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Gurupiah Mursib mensasarkan projek yang dijangka siap pada 31 Disember, 2018 bakal mendapat penarafan bintang berimpak tinggi bagi projek libatsama komuniti Universiti Teknologi Malaysia 2018.

Pihak CCIN mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap PTJ yang mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Adalah diharap agar PTJ lain juga dapat mengambil peluang untuk menyumbang mengikut kepakaran dan kemampuan masing-masing pada program akan datang. Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index