Ketua Projek                 Dr. Jamarosliza Jamaluddin
Fakulti                          Bio-Polymer Research Group (BRG), UTM
Tempat                          Kampung Semaloi, Endau, Johor
Tarikh  Mula               27 Jun 2016
Tarikh  Tamat             31 Disember 2016
Peruntukan                  RM40,000.00

 

Objektif

  • Meningkatkan taraf hidup para petani di Kg Semaloi dengan menjana pendapatan tambahan dengan menukarkan bahan buangan seperti sekam dan jerami padi kepada bahan yang boleh dijual.
  • Menyelesaikan masalah pencemaran udara hasil daripada pembakaran sisa sekam dan jerami padi.
  • Memindahkan teknologi penghasilan pengisi oleh pakar dari UTM kepada para petani di Kg. Semaloi.


Jangkaan Impak

  • Menjana pendapatan tambahan daripada sisa buangan padi khususnya sekam dan jerami padi.
  • Dapat mengurangkan pembakaran terbuka dari sekam dan jerami padi yang menyebabkan pencemaran udara.
  • Menerima manfaat adalah 2 kali setahun.


High Impact

  • Sumber pendapatan para petani dianggarkan akan meningkat dari RM 1000 sebulan hasil daripada jualan padi kepada minimun RM 1200 sebulan tambahan daripada penjualan pengisi dari sekam dan jerami padi.
  • Membantu meningkatkan taraf sosial para petani dengan ilmu yang baharu (ilmu penghasilan pengisi daripada sekam dan jerami padi).
  • Menukarkan bahan buangan kepada sesuatu yang berguna dan bernilai.


Low Cost

  • Bahan utama yang digunakan bagi program ini adalah daripada Bahan buang dari padi (sekam dan jerami padi) sepenuhnya yang tidak memerlukan modal untuk membelinya.
  • Modal hanya diperlukan hanya sekali sahaja bagi tujuan pembelian alatan mekanikal seperti pengisar dan pengasing.
  • Kos penghasilan pengisi daripada bahan buangan adalah lebih murah berbanding dengan kos untuk menghasilkan pengisi sintetik.


Sustainable

  • Pembakaran sekam dan jerami padi dapat dielakkan dan kadar pencemaran udara dapat dikurangkan.
  • Bidang yang baharu yang berpotensi dapat diterokai dan dikembangkan.
  • Bahan prasiap (pengisi) yang dihasilkan oleh para petani berpotensi untuk dijadikan baja, dedak, kertas dan bahan komposit.


Rapid Exe

  • Kerja dan proses mengisar dan pengasingan yang mudah dan singkat untuk penghasilan pengisi.


Ahli Kumpulan

  • Dr. Jamarosliza Jamaluddin
  • Dr. Nadia Adrus
  • Dr. Rohah Abd. Majid
  • Dr. Roshafima Rasit Ali
  • Dr. Lai Jau Choy
UTM Open Day