SIMPANG RINGGAM, 25 Ogos – Pusat Jaringan Komuniti dan Industri UTM (CCIN) adalah antara entiti yang dijemput khas untuk menyertai pameran di Dewan Muafakat Simpang Renggam bersempena dengan program Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Utama di sekitar kawasan Simpang Renggam.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee sempat mengadakan sesi dialog bersama lebih 100 pemain industri dan turut dihadiri oleh Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kluang (KLUCCCI) dan Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, program ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan maklumat menyeluruh mengenai usaha-usaha daripada pihak industri yang boleh meningkatkan kerjasama, pelaburan dan pembangunan institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekitar kawasan Simpang Renggam.
Sepanjang sesi libat urus tersebut berlangsung, terdapat banyak perkara yang dibincangkan termasuk pengukuhan peridustrian nanas, penyelenggaraan institusi pendidikan dan zon perindustrian.