Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) sedang memperkukuhkan lagi pelaksanaan penarafan bintang berimpak tinggi bagi projek libatsama komuniti yang sedang, telah ataupun yang akan dijalankan oleh semua warga universiti tahun ini. Selain itu juga, satu kaedah pengukuran kejayaan sosial yang menggunakan konsep Social Return on Investment akan dilaksanakan kepada projek-projek yang telah berjaya dilaksanakan. Pengukuhan dan pemahaman mengenai STAR RATING & SROI ini memerlukan kerjasama yang padu daripada semua pihak supaya ianya dapat dilaksanakan secara menyeluruh di universiti.
Oleh itu, satu taklimat Penarafan Bintang Berimpak Tinggi (Star Rating-SR) dan Pengenalan Kepada Social Return on Investment (SROI) bagi Projek Libatsama Komuniti Universiti 2017 telah dilaksanakan pada 14 Jun 2017 bertempat di Dewan UTMLead, N54 UTM Johor Bahru.
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemakluman kepada semua warga universiti mengenai pelaksanaan SR dan SROI 2017.
Semasa sesi taklimat ini, Pengarah Pusat Jaringan Komunti dan Industri, Prof. Madya. Dr Nur Naha Abu Mansor, telah menyampaikann taklimat mengenai asas libatsama komuniti, perkongsian keputusan pelaksanaan Star Rating-SR bagi tahun 2016, pelaksanaan SR 2017, ganjaran bonus & pengiktirafan didalam eLPPT, perkongsian tarikh-tarikh pendaftaran projek KTP 2017 cycle 1, pelaksanaan SROI dan SROI Seed Fund 2017.
SROI adalah satu kaedah pengukuran kejayaan sosial yang menggunakan kaedah Social Impact Map yang berasaskan 7 prinsip-prinsip utama impak sosial akan dijalankan kepada projek-projek yang telah tamat dan berjaya dilaksanakan. Pengukuhan dan pemahaman mengenai STAR RATING & SROI ini memerlukan kerjasama yang padu daripada semua pihak supaya ianya dapat dilaksanakan secara menyeluruh di universiti.
Seramai 63 orang telah hadir ke sesi taklimat ini dan taklimat berakhir dengan sesi bergambar bersama Pengarah CCIN dan ahli akademik yang hadir.