26 Mei 2016 | UTM Kuala Lumpur – UTM Annual Academia-Industry Appreciation Night merupakan majlis untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada industri yang telah banyak bekerjsama dengan universiti dalam pembangunan akademik, penyelidikan dan perkhidmatan. Majlis yang pertama kali dianjurkan ini telah berlangsung di UTM Kuala Lumpur pada 26 Mei 2016 yang lalu. Majlis yang dihadiri oleh 44 rakan industri daripada pelbagai sektor antaranya SAJ Holdings Sdn. Bhd., Bioxcell Sdn Bhd., BMW Group Malaysia dan Intel Microelectronics (M) Sdn. Bhd. Turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan selaku wakil Naib Canselor, Dekan dan juga wakil Fakulti.
Pada malam tersebut turut menyaksikan penyerahan penghargaan khas kepada 18 rakan industri yang melibatkan 4 kategori iaitu penyelidikan yang diberi kepada industri yang banyak menyumbang (idea, dana, kemudahan, kepakaran) dalam bidang penyelidikan, kategori akademik diberi kepada industri yang aktif serta banyak menyumbang dalam pembangunan akademik, penyelidikan dan perkhidmatan, kategori CSR diberi kepada industri yang memberi sumbangan untuk tujuan program/aktiviti tanggungjawab sosial dan kategori alumni yang diberi kepada industri yang terdiri daripada alumni berdaftar UTM yang memberi pelbagai bentuk sumbangan untuk tujuan pembangunan pelajar, staf, pembangunan kampus. Mereka menerima sebuah plak dan sijil penghargaan manakala 26 rakan industri yang lain turut menerima sijil penghargaan.
Senarai penuh penerima penghargaan khas adalah seperti berikut (mengikut kategori) :-
Penyelidikan
SAJ Holdings Sdn. Bhd.
Sime Darby Research Sdn. Bhd.
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
Amanoda Led Sdn. Bhd.
Akademik
ARH Jurukur Sdn. Bhd.
Starke Robotik Sdn. Bhd.
Ir Technic Sdn. Bhd.
Bioxcell Sdn. Bhd.
JFE Engineering Corporation
KLIA Training & Research Centre Sdn. Bhd.
BMW Group Malaysia
Intel Microelectronics (M) Sdn. Bhd.
Johor Port Berhad
United Malayan Land Berhad
Schlumberger WTA (M) Sdn. Bhd.
EM Malaysia Groups Sdn. Bhd.
CSR
Bank Islam Malaysia Berhad
ALUMNI
Maha Persada Capital Sdn. Bhd.
Peranan dan sumbangan industri secara bersepadu dan berterusan akan menghasilkan graduan berkualiti yang menepati dan memenuhi keperluan industri Hubungan rapat antara Akademia-Industri telah diterjemahkan melalui beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan oleh universiti seperti Program CEO Faculty, Pelaksanaan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) yang memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia.
Hubungan Akademia-Industri menyediakan asas bagi sistem inovasi yang kuat. Jalinan yang kukuh antara kedua pihak ini dapat memastikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di universiti adalah berorientasikan ke arah permintaan di pasaran dan masyarakat. Satu lagi model kerjasama strategik yang dilaksanakan oleh universiti adalah melalui projek Public-Private Research Network (PPRN) dimana universiti membantu industri menangani masalah dan cabaran yang dihadapi industri berdasarkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki.
Kerjasama paling ideal ialah dalam R&D dan inovasi menerusi pembiayaan pihak industri sama ada sepenuhnya atau geran tambahan. Industri juga turut menaja kerusi profesor dalam sesuatu disiplin ilmu serta memperuntukan ruang dan peluang kepada staf dan pelajar untuk program attachment sebagaimana yang dilakukan oleh Kiswire Malaysia. Selain itu, industri juga menerima manfaat dalam pengkomersilan harta intelek produk R&D dan inovasi menerusi perlesenan, komisen atau honarorium.
Universiti mendapat sokongan industri dalam usaha menjana pendapatan sendiri melalui Tabung Endowmen universiti yang akan digunakan untuk tujuan pembangunan pelajar. Selain sebagai satu strategi untuk memacu kerjasama antara dua pihak ke tahap yang lebih tinggi, UTM Annual Academia-Industry Appreciation Night juga bertujuan untuk meningkatkan tahap visibility universiti dan bagi mendapat maklumbalas atau review dari industri mengenai reputasi universiti.
Melihat kepada kepentingan hubungan universiti industri, universiti bercadang untuk menjadikan majlis ini sebagai acara utama universiti yang akan dibuat secara tahunan.