Penyelidik UTM Yang Dihormati,

Sukacita dimaklumkan, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) akan membuka permohonan geran baru iaitu Knowledge Transfer Programme (Research Innovation Grant) (UTM KTP-RIG) bagi Tahun 2020 dengan jumlah siling permohonan bernilai RM20,000.00 bagi satu projek.

Tarikh permohonan akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2019. 

Sehubungan dengan itu, Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) akan mengadakan sesi taklimat untuk menerangkan garis panduan serta tatacara permohonan geran tersebut seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 28 Ogos 2019 (Rabu)

Masa: 10:00 pagi

Tempat:

  • Dewan Senat, UTM JB

[LINTAS LANGSUNG]

  • Bilik Mesyuarat LPU, Aras 17, Menara Razak UTMKL
  • Bilik Mesyuarat Fotosintesis, UTM Pagoh

Kehadiran akan diambil kira sebagai mata CPD dan direkodkan dalam Sistem UTMSmile.  

Semua penyelidik UTM dijemput hadir. Kehadiran semua amat kami hargai.

Terima Kasih

UTM Open Day