Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil inisiatif dan mengembelingkan kepakaran teknologi dan inovasi di Universiti bagi menyediakan Face Shield dan Aerosol Box bagi menampung keperluan mendesak dan semakin meningkat oleh petugas barisan hadapan kawalan Covid19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan pada 18, Mac 2020.
Sehingga kini, lebih daripada 3000 unit pelindung muka telah dihasilkan oleh pihak UTM dan rakan kerjasama strategik Universiti dengan menggunakan teknik DIY dan teknik mesin cetakan 3D yang terdapat di makmal kampus UTM Johor Bahru, Kuala Lumpur serta mesin cetakan 3D peribadi yang dipunyai oleh staf dan pelajar UTM. Sasaran pengeluaran bagi Face Shield versi cetakan 3D adalah 100/hari manakala versi DIY adalah sebanyak 500 sehari. Manakala, pihak UTM mensasarkan pengeluaran 10 unit Aerosol Box untuk diagihkan ke hospital yang memerlukan.
UTMShield Endownment
Walaubagaimanapun, dengan permintaan yang semakin meningkat pihak UTM mempunyai kekangan dana dan amat memerlukan bantuan sumbangan didalam bentuk dana kewangan atau bahan pembuatan (material). Justeru, besar harapan pihak UTM sekiranya YBhg.Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan sudi untuk menghulurkan bantuan melalui penyaluran dana di Tabung Covid UTM mengikut butiran dibawah :-
Nama Akaun : Universiti Teknologi Malaysia
Nama Bank : AMBank Islamic
No Akaun : 8881020983100
Ref : UTMShield
Pemakluman Email : aznah@utm.my
Untuk makluman, penyumbang ke Tabung Covid UTM layak diberikan potongan cukai dibawah Sub Seksyen (44) Akta Cukai Pendapatan 1967. Dengan kepakaran dan sinergi oleh kedua-dua pihak, pihak UTM amat komited dan yakin dapat menangani dan memerangi situasi ini dengan berkesan bagi membantu rakyat Malaysia.
UTMShield Beneficiaries








