Seperti yang telah diuar-uarkan, Universiti Teknologi Malaysia ( UTM) telah menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Perintah ini merupakan susulan selepas kolej kediaman UTM iaitu KDSE, KTDI dan KTHO yang telah menerima Perintah Kuarantin (Sekatan Pergerakan Keluar Masuk) bagi mengawal rantaian wabak jangkit berjangkit Covid-19 ini.
Pelajar mahupun staf adalah terkesan dengan hal ini kerana mereka memerlukan barangan keperluan peribadi seperti sabun, ubat gigi, tisu, pelitup muka, pembersih tangan dan lain-lain keperluan termasuk minuman dan makanan ringan.
Oleh itu pihak UTM Care Charity Shop juga tidak terkecuali dalam membantu pihak UTM dengan menyumbangkan beberapa barangan bagi kegunaan pelajar pada 19 Mei 2021 melalui Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) Jabatan Pendaftar.
Mulai 21 Mei 2021 hingga 3 Jun 2021, UTM dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang diarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menutup kawasan universiti.
Sumbangan daripada orang ramai amat diperlukan bagi membantu staf dan pelajar UTM yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD tersebut.
Pihak UTM Care Charity Shop, CCIN dan ICC telah membuka peluang kepada orang ramai untuk untukmenghulurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan dan wang tunai dengan melalui butiran seperti berikut :
Lokasi Serahan : ICC ( Ruang Legar)
Barangan Keperluan :
MAKANAN & MINUMAN
Makanan berat @ kering
Air Mineral
Buah-Buahan (Vitamin C)
Roti
Milo
Telur
Planta
Teh @ Minuman 3 in 1
Sos Cili & Kicap
TOILETRIES
Keperluan Wanita
Peralatan Mandi
Peralatan Membasuh Baju
Pencuci Tandas
Putik Kapas
Pisau Pencukur
Plastik Sampah
Tisu
Sepit Kuku
UBAT-UBATAN
Pelitup Muka
Ubat Pedih Hulu Hati
Ubat Selsema
Minyak Cap Kapak
Eye Mo
Panadol
Hand Sanitizer
Inhaler (Asthma)
Semoga sumbangan yang diberikan akan memperolehi ganjaran yang tinggi dari Allah SWT dan memberi menafaat kepada mereka yang memerlukan.
Untuk pertanyaan lanjut:
En. Md Yani bin Kasiren (012-751 2342)
En. Muhammad Wafiq Muhaimin bin Fadil (0183883964)