Dana
Knowledge Transfer Programme
(Research Innovation Grant) 
(UTM KTP-RIG)

OBJEKTIF

Dana Program Pemindahan Ilmu – Geran Teknologi Penyelidikan atau “Knowledge Transfer Programme – Research Innovation Grant” (UTM KTP-RIG) diwujudkan dengan tujuan sebagai:

  • dana untuk melaksanakan projek inovasi yang berimpak tinggi kepada komuniti.
  • galakan dan insentif untuk memulakan jaringan dengan kerajaan, industri dan komuniti.
  • platform membantu staf UTM mendapatkan dana padanan “matching” daripada penaja luar sama ada industri atau kerajaan untuk menjayakan Program Pemindahan Ilmu (KTP) libat sama komuniti dan industri.
SKOP PERMOHONAN

Pelaksanaan projek di bawah geran KTP-RIG ini perlu mengandungi unsur-unsur teknologi kepada kaedah sedia ada, pemindahan ilmu atau teknologi kepada komuniti yang merangkumi :

  • penyelesaian kepada isu-isu semasa yang sedang dihadapi dan memberi impak kemanusiaan dan masyarakat sejagat; atau
  • penambahbaikan sesuatu polisi, produk dan metodologi penyelesaian sedia ada; atau*
  • projek yang merupakan bidang kebitaraan UTM (melibatkan bidang teknologi dan kejuruteraan) serta projek-projek strategik negara bagi kepentingan negara; atau
  • lain-lain korpus pendidikan, alam sekitar, sains kesihatan & klinikal dan sains sosial & kemanusiaan.
KRITERIA PERMOHONAN
  1. Projek ini mesti melibatkan SATU (1) projek teras yang akan diketuai oleh seorang Ketua Projek (KP) dan di bawah projek teras ini perlu melibatkan EMPAT (4) Sub projek KTP diketuai oleh Ketua Sub-Projek (KSP)
  2. Ketua Projek dan Ketua Sub-Projek mestilah terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM berkelayakan PhD dan berwarganegara Malaysia.
  3. Ketua Projek/ Sub-Projek bertaraf Staf Kontrak perlu melibatkan SATU (1) orang staf akademik bertaraf tetap sebagai ahli
  4. Melibatkan kerjasama quadruple helix dengan sekurang-kurangnya dua (2) pemegang taruh dari industri dan kerajaan.
  5. Penyertaan pelajar adalah diwajibkan dengan jumlah minimum satu (1) orang pelajar bagi setiap sub-projek.
  6. Setiap permohonan dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu permohonan sahaja bagi setiap fasa.

SATU (1) PROJEK TERAS yang dipohon mestilah mempunyai unsur-unsur projek yang merangkumi:

    • Teknologi atau Modul kepada sesuatu kaedah/model/proses yang lebih baik.
    • Bagi projek teknologi, perlu dinyatakan secara jelas sama ada menggunakan teknologi UTM atau teknologi luar.
    • Bagi projek yang menggunakan teknologi UTM, technology readiness IP produk tersebut mestilah telah mencapai ___ (IRL) tahap 7 atau ke atas.
    • Manakala bagi projek yang menggunakan teknologi luar, perlu dinyatakan secara jelas di dalam kertas cadangan modifikasi yang dilaksanakan.
    • Kajian analisis keberkesanan bagi projek teras dan setiap sub projek secara berasingan
    • Sumber peruntukan merupakan dana KTP-RIG daripada CCIN.
    • Ketua projek teras perlu dilantik dalam kalangan ketua-ketua sub-projek KTP.
    • Bilangan minimum keahlian dalam projek teras ini adalah empat (4) orang staf akademik termasuk Ketua Projek dan ketua Sub projek. Tambahan ahlinya boleh terdiri dari kalangan kalangan staf akademik atau PPP
    • Jumlah peruntukan yang dipohon adalah RM20,000.00.
    • Pendaftaran Projek Teras mengunakan dana KTP-RIG.

EMPAT (4) SUB-PROJEK yang dipohon mestilah mempunyai unsur-unsur pemindahan ilmu/teknologi kepada komuniti luar merangkumi:

    • Program pemindahan ilmu/teknologi kepada komuniti luar daripada UTM (Staf dan pelajar UTM tidak dikira sebagai komuniti).
    • Setiap sub-projek KTP yang dicadangkan perlu berkait dengan projek teras.
    • Setiap sub-projek mempunyai objektif dan sasaran komuniti yang berbeza.
    • Sumber peruntukan perlu mendapatkan dana padanan keseluruhan sub-projek sekurang-kurangnya RM20,000.00 daripada penaja luar.
    • Keberkesanan setiap sub-projek wajib diukur melalui sistem penarafan bintang (Star Rating) sekurang-kurangnya sekali.
    • Pendaftaran sub-projek menggunakan dana padanan.
SYARAT PERMOHONAN
  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM yang berkelayakan Ph.D.
  • Bagi pemohon staf akademik kontrak perlu melibatkan SATU (1) orang staf akademik bertaraf tetap sebagai ahli projek.
  • Bilangan minimum keahlian dalam projek penyelidikan ini adalah satu (1) orang staf akademik tidak termasuk Ketua Projek dan ahlinya boleh terdiri dari dalam kalangan staf akademik atau PPP
  • Melibatkan kerjasama dengan sekurang-kurangnya DUA (2) rakan sinergi iaitu Industri dan Jabatan / Agensi kerajaan.
  • Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Projek bagi satu projek teras sahaja.
  • Setiap permohonan dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu permohonan sahaja bagi setiap fasa.
  • Sekiranya pemohon adalah Ketua Projek KTP-RIG bagi Fasa sebelumnya, Pemohon perlu menyelesaikan projek dan menyerahkan laporan akhir dan disahkan oleh pegawai CCIN sebelum membuat permohonan baharu dana KTP-RIG Fasa berikutnya.
  • Jumlah peruntukan yang dipohon mestilah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan.
PERATURAN KEWANGAN
  1. Jumlah dana yang diperuntukkan untuk setiap projek teras adalah RM20,000.00.
  2. Peruntukan pada setiap sodo perlu diperincikan dengan butiran yang jelas dan bersesuaian dengan Peraturan Kewangan Perbendaharaan.
  3. TIDAK DIBENARKAN untuk pembelian aset atau alatan bagi sodo B35000 dan B36000. Sekiranya ada keperluan pembelian khusus alatan bagi projek, lampirkan justifikasi bagi pembelian.
  4. Peruntukan perjalanan bagi sodo B21000 hanya bagi perjalanan domestik
  5. Segala perbelanjaan adalah berdasarkan pekeliling Bendahari UTM dan pengurusan dana universiti penyelidikan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh sekretariat UTM KTP-RIG.
  6. Perbelanjaan kewangan perlu mengikut kertas kerja asal yang telah diluluskan.
  7. Sekiranya tidak dinyatakan, Ketua Projek perlu membuat justifikasi dan dimajukan kepada pengarah CCIN bersama-sama lampiran baki peruntukan terkini dan bajet kewangan yang baharu untuk pertimbangan kelulusan.
  8. Ketua Projek Teras bertanggungjawab untuk menyemak sebarang urusan kewangan bagi dana CCIN melibatkan semua sub-projek di bawahnya.
  9. Ketua Sub-Projek boleh membuat tuntutan mengunakan dana CCIN sekiranya telah dinyatakan di dalam kertas kerja asal projek teras.
  10. Bagi pembayaran inbois kepada syarikat, Ketua Projek perlu memastikan syarikat tersebut telah berdaftar di UTM bagi memudahkan proses bayaran.
  11. Permohonan pendahuluan projek dibenarkan bagi “pendahuluan pelbagai” sahaja dengan maksimum 20% dari jumlah keseluruhan projek.
OUTPUT PROJEK

Penerbitan

  1. Satu (1) Laporan akhir bagi keseluruhan projek teras
  2. Empat (4) manuskrip bab bagi “Edited Book” untuk setiap KTP
  3. Satu (1) penerbitan jurnal
    • Setiap penerbitan perlu dinyatakan penghargaan kepada Penaja, UTM, Jenis Geran dan Nombor Vot.

Dana Matching

  1. Ketua Projek/Sub-Projek perlu mendapatkan dana matching daripada sekurang-kurangnya satu (1) penaja luar seperti industri atau agensi dengan nilai projek yang sama atau lebih daripada dana UTM KTP-RIG yang diberikan.
  2. Pendaftaran sub-projek hanya boleh dibuat menggunakan dana matching yang diperolehi dan tidak boleh mendaftar menggunakan dana geran UTM KTP-RIG.
  3. Setiap dana matching yang diperolehi boleh diagihkan kepada 4 sub-projek KTP untuk pendaftaran projek dan pelaksanaan aktiviti dan perlu lampirkan surat agihan dana oleh Ketua Projek teras.
  4. Nilai in kind juga dikira dan perlu dibuktikan melalui surat rasmi dengan menyatakan jumlah in kind yang diberi.

Video Pendek

  1. Penyediaan Video impak projek berdurasi 3-5 minit- Menerangkan perjalanan projek dan impak yang diperolehi daripada projek tersebut

Penarafan Bintang

  1. Keempat-empat sub-projek DIWAJIBKAN membuat penarafan bintang sekurang-kurangnya sekali selepas projek tamat dan perlu memenuhi minimum 3 bintang dalam tempoh perlaksanaan projek (1-12 bulan). Rujuk lampiran/sistem ICESys bagi rubrik penilaian.

Kerjasama Quadruple Helix

  1. Setiap projek perlu mendapatkan surat kerjasama daripada (1) industri dan (1) jabatan/agensi kerajaan bagi memenuhi kriteria quadruple helix.

Penglibatan Pelajar

  1. Penyertaan pelajar minimum satu (1) orang pelajar bagi setiap sub-projek bagi membantu menguruskan projek

Muat Turun Borang

PERMOHONAN KTP RIG 2023 AKAN DIBUKA BERMULA 1 SEPTEMBER 2023 SEHINGGA 30 OKTOBER 2023

Soal jawab KTP RIG

Platform ini adalah untuk sesi perkongsian maklumat berkenaan geran KTP RIG. Warga penyelidik dialukan untuk bertanya dan berkongsi cadangan penambahbaikan geran ini.

Mohon Sekarang di ICESys

Pemohon boleh merujuk Manual KTP Application untuk mendaftar projek di dalam Sistem ICESys

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index