Dana
 GERAN TRANSFORMASI EKONOMI
(SOCIAL TECH NEXUS)
UTM

OBJEKTIF

Dana Geran Transformasi Ekonomi (Social Tech. Nexus) diwujudkan dengan tujuan membantu kepada penyelesaian masalah komuniti melalui inovasi teknologi

PANDUAN UMUM
  1. Ketua Projek adalah kakitangan akademik berstatus tetap atau kontrak UTM dengan rekod prestasi bidang kepakaran yang baik, dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 12 bulan bermula tarikh projek diaktifkan
  2. Bagi Ketua projek berstatus kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama kakitangan akademik bertaraf tetap dari institusi yang sama
  3. Bilangan ahli penyelidik bagi setiap projek penyelidikan adalah minimum dua (2) orang staf akademik/kolaborator termasuk ketua projek
  4. Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Projek bagi satu projek dan ahli bagi satu projek yang lain sahaja
  5. Tempoh maksimum adalah 18 bulan iaitu 12 bulan pelaksanaan dan 6 bulan pemantauan
  6. Jumlah maksima peruntukan bagi setiap permohonan ialah RM 30,000.00
SYARAT PERMOHONAN
  1. Projek yang dijalankan mestilah menjalankan penyelidikan dalam menawarkan penyelesaian berasaskan teknologi (technological based) bagi tujuan penambahbaikan sesuatu polisi, produk, metodologi dan penambahan nilai kepada komuniti
  2. Projek yang dibangunkan atau diusahakan haruslah melibatkan usaha memperkasakan komuniti
  3. Keperluan komuniti yang dipenuhi mestilah jelas dan berbentuk teknologi.
  4. Projek hanya boleh dijalankan dalam Malaysia sahaja
  5. Projek yang menggunapakai on-shelves solution, melibatkan penyelidikan asas, ujian klinikal, dan permohonan pensijilan tidak akan dipertimbangkan.
  6. Projek yang dipohon mestilah mempunyai elemen pemindahan teknologi dan ilmu kepada komuniti
  7. Teknologi perlu mendapat pengesahan peringkat ketersediaan teknologi TRL melalui sistem innocomms oleh pihak ICC (TRL 7-9 akan diutamakan)
  8. Mempunyai rakan Kerjasama yang mewakili kerajaan dan industri
  9. Mendapat dana matching daripada rakan Kerjasama (In Kind juga di terima)
SYARAT KETUA PROJEK
  1. Mempunyai teknologi yang boleh dibawa kepada masyarakat
  2. Projek merupakan bidang kepakaran ketua projek (Bukti daripada penerbitan ilmiah, IP, geran penyelidikan yang berkaitan)
SYARAT KOMUNITI
  1. Sekumpulan Komuniti yang diketuai oleh seorang ketua komuniti
  2. Penerima manfaat bukan terdiri daripada staf dan pelajar UTM
  3. Surat persetujuan bekerjasama daripada wakil komunitI
OUTPUT PROJEK
  1. Penambahbaikan yang dihasilkan boleh diguna pakai oleh pihak penerima manfaat (komuniti). Bukti pengesahan daripada pihak komuniti mesti disertakan semasa penghantaran laporan akhir projek
  2. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan artikel sebagai penulis
  3. Menghasilkan video pendek yang menerangkan perjalanan dan impak projek secara keseluruhan
  4. Digalakkan memeterai memorandum persefahaman (MoU)/ memorandum perjanjian (MoA) di antara UTM, komuniti dan agensi yang berkaitan.
  5. Penilaian impak projek menerusi penarafan bintang: perlu memenuhi minimum 3 bintang dalam tempoh pelaksanaan projek
  6. Memperoleh dana matching dengan nilai  yang setara daripada rakan kerjasama
PENGESAHAN KETERSEDIAAN TEKNOLOGI (TRL)
  1. Setiap teknologi yang dibawa melalui cadangan projek perlu mendapatkan pengesahan ketersediaan teknologi (TRL) secara atas talian.
  2. Permohonan tersebut akan melalui sistem Innocomms dan akan disemak oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)
  3. Manual pengguna boleh didapati di link ini: TRL ASSESSMENT APPLICATION MANUAL

Muat Turun Borang

PERMOHONAN FASA KEDUA DIBUKA

15 OKTOBER 2022 SEHINGGA 31 OKTOBER 2022

HANTAR BORANG PERMOHONAN DI SINI

Penghantaran borang permohonan geran Transformasi Ekonomi boleh di buat secara atas talian melalui pautan diatas

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.