JOHOR BAHRU, 13 Mac 2017 – Satu sesi pengkayaan ilmu berkenaan “Social Return on Invenstment” atau SROI telah diadakan di Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Bioperubatan (FBME), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bengkel yang berlangsung selama satu hari itu adalah yang pertama kali diadakan oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dengan kerjasama National University of Singapore (NUS). SROI menjadi agenda utama dalam pelaksanaan projek komuniti apabila ia diletakkan di dalam KPI Universiti bagi tahun 2017.

Pengarah Program Kepimpinan Masyarakat Chua Thian Poh dari NUS, Professor Albert C Y Teo  telah dijemput sebagai fasilitator bagi memperkenalkan metodologi SROI secara khusus kepada peserta bengkel dimana peserta bengkel didedahkan cara untuk mengukur, mengurus dan perakaunan untuk nilai sosial atau kesan sosial keatas projek komuniti yang dijalankan.

Seramai 41 peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada staf penyelidik UTM, pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik bagi projek-projek yang terpilih dibawah Pusat Transformasi Universiti dan komuniti (UCTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ).

Objektif utama bengkel adalah untuk membantu Universiti mengukur nilai sosial atau impak kepada komuniti keatas program libatsama komuniti yang telah dilaksanakan dari aspek; i) Kepentingan Theory Of Change untuk program libatsama komuniti, ii) Kepentingan pemegang taruh dalam program libatsama komuniti dan iii) Perincian metodologi SROI dalam mengukur kesan sosial.

Mengetengahkan teori yang mendasari perubahan untuk mana-mana program campur tangan tertentu, ii) Pihak berkepentingan menentukan yang merupakan pihak berkepentingan utama dalam program campur tangan, dan  iii) Metodologi SROI dalam mengukur kesan sosial. Semasa bengkel tersebut, peserta diterangkan pengenalan SROI berdasarkan skop, objektif, kepentingan pemegang taruh dan bagaimana perlaksanaannya. Antara pengisian bengkel adalah aktiviti interaktif yang dilaksanakan secara berkumpulan bagi mendalami dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang bengkel tersebut.

SROI adalah satu kaedah yang berasaskan prinsip untuk mengukur nilai tambahan kewangan (iaitu, nilai alam sekitar dan sosial masa ini tidak dicerminkan dalam akaun kewangan konvensional) berbanding dengan sumber-sumber yang dilaburkan. Ia boleh digunakan oleh mana-mana entiti untuk menilai kesan ke atas pihak-pihak berkepentingan, mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan prestasi, dan meningkatkan prestasi pelaburan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index