Anugerah Khidmat Masyarakat (AKM) 2020
Anugerah Khidmat Masyarakat diwujudkan bagi tujuan mengiktiraf warga UTM dikalangan staf akademik dan staf pengurusan, profesisonal dan pelaksana yang telah menyumbang kepada nama baik Universiti melalui aktiviti khidmat masyarakat secara sukarela di dalam dan luar UTM

Kriteria & Syarat Permohonan
Kategori
1.Staf akademik
2.Staf Pengurusan, Profesional Dan Pelaksana
Syarat Permohonan
- Pencalonan dibuka kepada semua staf akademik, pentadbiran dan sokongan setiap fakulti, bahagian atau unit (Calon boleh mencalonkan diri sendiri, dicalonkan oleh rakan sekerja dan Ketua Jabatan).
- Pencalonan juga dibuka melalui persatuan seperti PKA, PERKABA, PERTISAS, BAKES, KKA dan lain – lain.
- Calon yang diperaku mestilah giat dalam persatuan / pertubuhan samada di dalam dan luar UTM. Calon yang diperaku mestilah aktif dalam memberi sumbangan khidmat masyarakat secara sukarela (tidak menerima sebarang bayaran) seperti gotong – royong, ceramah dan lain – lain.
- Calon yang diperaku mestilah aktif melaksanakan program/aktiviti yang memberi impak kepada komuniti secara sukarela. Walaubagaimanapun, penglibatan aktif ini tidak termasuk staf yang mempunyai tugas hakiki yang terlibat secara langsung dalam aktiviti libatsama komuniti.
- Penganugerahan/penghargaan yang diterima dari mana-mana pihak merupakan satu kelebihan kepada calon.
- Calon mestilah bukan penerima anugerah ini bagi tiga tahun sebelum iaitu 2017,2018 dan 2019.
- Markah saringan minimum ialah 70%.
Muat turun Dokumen
Permohonan Secara Online
Langkah-langkah Permohonan Secara Online
1) Pergi ke http://www.ccin-system.vcari.net/
2) Klik Register.
3) Masukkan Nama Penuh, Email, dan Kata Laluan.
4) Selesai daftar, sila Login.
5) Pada menu Anugerah Keterlibatan Industri / Anugerah Khidmat Masyarakat, klik menu Cipta Permohonan.
6) Masukkan Maklumat Pemohon dan klik butang Cipta Permohonan.
7) Selesai cipta permohonan, terus ke Senarai Permohonan. Klik butang Kemaskini Permohonan pada ruang Tindakan.
8) Lengkapkan borang dan Hantar sebelum tarikh akhir permohonan pada 19 Mac 2020.
9) Pemohon boleh terus hantar permohonan dan masih boleh kemaskini borang sehingga tarikh akhir.
10) Pemohon boleh mencetak borang permohonan dengan menekan butang Preview Permohonan pada Senarai Permohonan untuk diserahkan kepada Dekan Fakulti/Pengarah COE bagi tujuan pengesahan.
11) Borang permohonan yang telah disahkan boleh dimuatnaik ke sistem untuk rujukan pihak sekretariat.