5 September, Johor Bahru – Program usaha sama dalam meningkatkan amalan model quadruplex helix antara Universiti, Industri, komuniti, dan kerajaan tempatan adalah penting dalam merealisasikan agenda universiti dan nasional. Bagi memastikan jalinan sediada ini terus kekal dan memberi impak yang berpanjangan, satu Bengkel Penyediaan Polisi Libatsama Komuniti dan Industri melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM diadakan yang berlangsung hari ini .
Prof. Dr Zulkifli Yusop yang merupakan merupakan Ketua Task Force Inisiatif Branding & Networking UTM 2018 dilantik menjadi Ketua Fasilitator menjelaskan, “Polisi libatsama komuniti & industri UTM ini adalah julung kali diadakan dan dirasakan tepat pada masanya kerana UTM semakin rancak menjalin kolaborasi berimpak tinggi bersama industri malahan komuniti dengan sokongan daripada banyak pihak. ”
“Kita memerlukannya sebagai piawai yang harus dipatuhi kepada semua staf yang menjalin hubungan libatsama komuniti mahupun industri” tambah beliau untuk bengkel yang disertai oleh 47 pakar dan staf Universiti yang merupakan pemain aktif industri dan komuniti.
Pembangunan polisi ini dijangka dapat menambahbaik dan memudahkan lagi pelaksanaan projek libatsama komuniti dan industri di peringkat universiti dari segi pengurusan projek, pengurusan data, publisiti dan ganjaran, dan intergriti sekaligus meningkatkan lagi hubungan baik antara pemegang taruh.