
DANA GERAN KONSORTIUM
UTM
PENGENALAN
Diwujudkan untuk mensinergikan kepakaran berbagai entiti daripada pelbagai disiplin dalam menyelesaikan permasalahan industri dan komuniti serta menjadi pusat rujukan (one stop centre) bagi perkembangan ilmu dan penyelesaian masalah.
OBJEKTIF
1. Untuk menyediakan modal awalan dalam usaha menubuhkan referred consortium yang lestari.
2. Untuk memberikan galakan kepada para penyelidik dalam mensinergikan kepakaran bagi melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi melalui penyelesaian inovatif.
3. Untuk mengukuhkan kerjasama pelbagai entiti di bawah ekosistem inovasi quintuple helix(GUCI) selaras dengan agenda ESG dan aspirasi nasional.
PANDUAN UMUM
-  Ketua Konsortium mestilah terdiri daripada staf akademik berstatus tetap UTM dengan rekod prestasi bidang kepakaran yang baik dan baki perkhidmatan     sekurang – kurangnya 36 bulan bermula tarikh projek diaktifkan.
2. Ketua Projek mestilah terdiri daripada staf akademik berstatus tetap atau kontrak UTM dengan rekod prestasi bidang kepakaran yang baik, dan baki          perkhidmatan sekurang – kurangnya 12 bulan bermula tarikh projek diaktifkan.
3. Bagi Ketua Projek berstatus kontrak, dimestikan mempunyai dua (2) staf akademik berstatus tetap sebagai penyelidik bersama.
4. Kakitangan yang sedang dalam cuti belajar atau cuti sabatikal tidak dibenarkan menjadi Ketua Konsortium/Ketua Projek. Walau bagaimanapun, mereka       dibenarkan menjadi ahli konsortium/projek.
5. Bilangan ahli penyelidik bagi setiap projek penyelidikan adalah minimum dua (2) orang staf akademik / kolaborator termasuk ketua projek.
6. Ketua Konsortium/ Ketua Projek dibenarkan untuk menjadi ketua bagi satu projek dan ahli bagi projek di bawah satu konsortium yang sama.
7. Ahli projek boleh terdiri daripada staf akademik dan staf bukan akademik.
8. Setiap konsortium mestilah mempunyai sekurang – kurangnya tiga (3) projek.
9. Projek mestilah melibatkan pelbagai disiplin, penyelidikan translasional yang merujuk kepada UTM Research and Innovation Blueprint 2025.
SYARAT PERMOHONAN
1. Ketua Konsortium digalakkan terdiri daripada staf akademik bertaraf Profesor Madya dan ke atas.
2. Ahli konsortium mestilah terdiri daripada gabungan empat (4) entiti iaitu akademia, industri, agensi dan komuniti.
3. Konsortium perlu meliputi pelbagai disiplin dan selaras dengan UTM Signature Area yang digariskan di dalam UTM Research and Innovation Blueprint 2025.
4. Semua rakan kolaborasi industri mesti menyumbang dana berbentuk tunai untuk projek di bawah konsortium manakala pihak komuniti boleh menyumbang dalam bentuk tunai/in kind Nilai sumbangan mesti jelas dinyatakan dalam dokumen perjanjian.
Sasaran Sumbangan Industri:
GLC/MNC | SME | |
S&T | RM 100,000.00 | RM30,000.00 |
Non S&T | RM 50,000.00 | RM15,000.00 |
5. Pemohon perlu melampirkan track record Memorandum of Agreement (MoA) yang berkaitan dengan bidang konsortium bersama borang permohonan.
6. Kanvas Model Perniagaan (BMC) dan pelan perancangan program konsortium selama 5 tahun mesti dilampirkan bersama borang permohonan.
HASIL PENYELIDIKAN KONSORTIUM
Setiap konsortium perlu menghasilkan:
1. Modal insan: mendaftar 2 PhD / 4 MSc atau gabungan 1PhD dan 2 MSc.
2. Penerbitan:
i. Sekurang-kurangnya dua (2) Q1/Q2 penerbitan berindeks dan melibatkan entiti lain sebagai pengarang bersama
ii. Menghasilkan kerangka kerja berkaitan bidang konsortium yang meliputi salah satu aspek berikut iaitu:
a. Keberkesanan polisi sedia ada;
b. Cadangan kepada penambahbaikan polisi atau garis panduan;
c. Kerangka halatuju atau garis panduan baharu;
d. Kerangka Kertas Polisi atau Roadmap;
e. Lain-lain3. Kolaborasi: MoA yang melibatkan kerjasama diantara setiap entiti
4. Kolaborasi: Perkongsian fasiliti di bawah agenda Satellite Lab sekurang – kurangnya melalui Letter of Intent.
5. Mengadakan sekurang-kurangnya satu (1) persidangan/seminar bersama (joint conference/seminar) yang melibatkan entiti quadruple helix.
6. Setiap projek perlu menghasilkan sekurang kurangnya satu (1) harta intelek (trademark, copyright, industrial design, dll.).
7. Penjanaan pendapatan dalam tempoh 5 tahun bagi tujuan self-sustain.
Muat Turun Borang
sila klik link iniÂ