DANA KTP KHAS UTM KUALA LUMPUR

Geran ini bertujuan menyokong penglibatan dan kerjasama dalam projek Pemindahan Ilmu atau Teknologi (KTP) yang melibatkan komuniti sekitar Kuala Lumpur

Objektif

Dana Program Pemindahan Ilmu – Geran Teknologi Penyelidikan atau “Knowledge Transfer Programme” diwujudkan dengan tujuan sebagai:

  • dana untuk melaksanakan projek inovasi yang berimpak tinggi kepada komuniti.
  • galakan dan insentif untuk memulakan jaringan dengan kerajaan, industri dan komuniti.
  • platform membantu staf UTM mendapatkan dana padanan “matching” daripada penaja luar sama ada industri atau kerajaan untuk menjayakan Program Pemindahan Ilmu (KTP) libat sama komuniti dan industri.

Skop Permohonan

Pelaksanaan projek di bawah geran KTP Khas UTM Kuala Lumpur ini perlu mengandungi unsur-unsur teknologi kepada kaedah sedia ada, pemindahan ilmu atau teknologi kepada komuniti yang merangkumi :

  • penyelesaian kepada isu-isu semasa yang sedang dihadapi dan memberi impak kemanusiaan dan masyarakat sejagat; atau
  • penambahbaikan sesuatu polisi, produk dan metodologi penyelesaian sedia ada; atau*
  • projek yang merupakan bidang kebitaraan UTM (melibatkan bidang teknologi dan kejuruteraan) serta projek-projek strategik negara bagi kepentingan negara; atau
  • lain-lain korpus pendidikan, alam sekitar, sains kesihatan & klinikal dan sains sosial & kemanusiaan.

Kriteria Permohonan

  1. Lokasi pelaksanaan projek hanya di sekitar UTM Kuala Lumpur SAHAJA (dalam lingkungan radius 10 km).
  2. Terbuka kepada staf UTM (Johor Bahru dan Kuala Lumpur).
  3. Ketua Projek (KP) mestilah terdiri daripada staf akademik berstatus tetap atau kontrak UTM berkelayakan PhD dan berwarganegara Malaysia.
  4. KP bertaraf Staf Kontrak perlu melibatkan SATU (1) orang staf akademik bertaraf tetap sebagai ahli.
  5. Wajib melibatkan staf bukan akademik/PPP sebagai ahli projek.
  6. Melibatkan kerjasama quadruple helix dengan sekurang-kurangnya dua (2) pemegang taruh dari industri dan kerajaan.
  7. Penyertaan pelajar adalah diwajibkan dengan jumlah minimum satu (1) orang pelajar.
  8. KP yang telah mendapat geran KTP-RIG 2025 adalah tidak dibenarkan mohon dana ini.

PROJEK yang dipohon mestilah merangkumi:

    1. Teknologi atau Modul kepada sesuatu kaedah/model/proses yang lebih baik. 
    2. Bagi projek teknologi, perlu dinyatakan secara jelas sama ada menggunakan teknologi UTM atau teknologi luar.
    3. Bagi projek yang menggunakan teknologi UTM, ketersediaan teknologi produk tersebut mestilah telah mencapai TRL tahap 5 atau ke atas.
    4. Manakala bagi projek yang menggunakan teknologi luar, perlu dinyatakan secara jelas di dalam kertas cadangan modifikasi yang dilaksanakan.

Tempoh

  1. Tempoh program mestilah tidak melebihi 18 bulan iaitu 12 bulan pelaksanaan dan 6 bulan pemantauan oleh Sekreteriat Pemantauan untuk mengukur keberkesanan projek.

Peraturan Kewangan

  1. Jumlah dana yang diperuntukkan untuk program induk adalah RM15,000.00.
  2. Peruntukan pada setiap SODO perlu diperincikan dengan butiran yang jelas dan bersesuaian dengan Peraturan Kewangan Perbendaharaan.
  3. TIDAK DIBENARKAN untuk pembelian aset atau alatan bagi sodo B35000 dan B36000. Sekiranya ada keperluan pembelian khusus alatan bagi projek, lampirkan justifikasi bagi pembelian.
  4. Peruntukan perjalanan bagi sodo B21000 hanya bagi perjalanan domestik.
  5. Segala perbelanjaan adalah berdasarkan pekeliling Bendahari UTM dan pengurusan dana universiti penyelidikan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh sekretariat UTM KTP-RIG.
  6. Perbelanjaan kewangan perlu mengikut kertas kerja asal yang telah diluluskan.
  7. Sekiranya tidak dinyatakan, KP perlu membuat justifikasi dan dimajukan kepada pengarah CCIN bersama-sama lampiran baki peruntukan terkini dan bajet kewangan yang baharu untuk pertimbangan kelulusan.
  8. Bagi pembayaran inbois kepada syarikat, KP/KSP perlu memastikan syarikat tersebut telah berdaftar di UTM bagi memudahkan proses bayaran.
  9. Permohonan pendahuluan projek dibenarkan bagi “pendahuluan pelbagai” sahaja dengan maksimum 20% dari jumlah keseluruhan projek.

Output Projek

Penerbitan

  1. Satu (1) Laporan akhir
  2. Satu (1) penerbitan jurnal/prosiding/artikel
    • Setiap penerbitan perlu dinyatakan penghargaan kepada Penaja, UTM, dan Jenis Geran.

    Video Pendek

    Penyediaan Video impak projek berdurasi 3-5 minit- Menerangkan perjalanan projek dan impak yang diperolehi daripada projek tersebut

    Penarafan Bintang

    Ketua Projek adalah DIWAJIBKAN membuat penarafan bintang sekurang-kurangnya sekali selepas projek tamat dan perlu memenuhi minimum 3 bintang dalam tempoh perlaksanaan projek (1-12 bulan). Rujuk sistem ICESys bagi rubrik penilaian.

    Kerjasama Quadruple Helix

    Projek perlu mendapatkan surat kerjasama daripada (1) industri dan (1) jabatan/agensi kerajaan bagi memenuhi kriteria quadruple helix.

    Penglibatan Pelajar

    Penyertaan pelajar minimum satu (1) orang pelajar bagi membantu menguruskan projek.

    Research Ecosystem
    Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

    Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

    DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

    Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

    Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

    Research Institute

    Centre of Excellence (COE)

    Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

    Service Entity

    Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

    Get the latest news & events

    Customer Satisfaction Index

    UTM Open Day